Umar mahu pecah rekod lagi hari ini

Umar mahu pecah rekod lagi hari ini

UMAR Usman memecah rekod 400 meter kebangsaan untuk melayakkan diri ke separuh akhir pada Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan memecah rekod 400 meter (m) kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan belum cukup untuk memuaskan hati pelari muda berbakat besar, Umar Osman.

Semalam, atlet berusia 20 tahun itu memperbaiki catatan peribadinya dalam saingan 400m dengan mencatat kepantasan 46.33 saat (s) pada pe­ringkat saringan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China.

Catatan itu 0.01s lebih pantas daripada yang dilakukan ketika memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Phnom Penh, Mei lalu.

Ketika itu, Umar mencatat masa 46.34s, memecah rekod kebangsaan berusia 22 tahun milik Zaiful Zainal Abidin iaitu 46.41s.

“Saya sangat bersyukur dan gembira selepas melihat rekod kebangsaan dipecahkan lagi.

“Sasaran saya adalah pada separuh akhir esok, saya mahu mengekalkan catatan masa tersebut dan cuba meningkatkan kepantasan.

“Saya mahu memecahkan rekod kebangsaan sekali lagi, sekali gus melayakkan diri ke final,” kata pelari kelahiran Johor itu.

Kejayaan merakam rekod baharu kebangsaan membolehkannya menamatkan saringan pertama di kedudukan kedua di belakang pelari Australia, Hol­der Reece Nathaniel yang mencatat masa 46.10s.

Umar dan Shereen Samson Vallabouy adalah dua atlet yang berjaya menyumbang pingat emas dalam acara trek pada Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.

Tiga lagi pingat emas Malaysia dalam temasya tersebut disumbangkan atlet daripada acara padang.

Pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand bulan lalu, Umar kurang menyerlah apabila gagal mara ke final selepas menamatkan aksi separuh akhir 1 di tempat keempat dengan catatan 46.42s.

Umar ketika ini sedang memburu tiket untuk la­yak beraksi ke Sukan Asia Hangzhou dekat China, bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya