Terpulang Pan Gon mahu panggil Faisal atau tidak - Hamidin

Terpulang Pan Gon mahu panggil Faisal atau tidak – Hamidin

KIM Pan Gon memberi sokongan moral kepada Faisal Halim selepas pemain Harimau Malaya itu disimbah asid pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Terserah kepada ketua jurulatih, Kim Pan Gon sama ada mahu memanggil Faisal Halim atau tidak untuk mewakili Harimau Malaya dalam aksi persahabatan Tier 1 pada September depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, isu tentang sama ada Faisal dipanggil atau tidak hanya Pan Gon yang boleh membuat keputusan.

“Itu kita biarkan kepada Pan Gon,” kata Hamidin ketika ditanya sama ada Faisal yang ketika ini dalam tempoh penggantungan akan dipanggil untuk menyertai kem Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Liga Wanita Malaysia di Stadium Mini UiTM Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

HAMIDIN Mohd. Amin (empat, kiri) dan Hannah Yeoh (empat, kanan) dalam majlis perasmian Liga Wanita Malaysia di Stadium Mini UiTM Shah Alam hari ini. – IHSAN FAM

Skuad Harimau Malaya kendalian Pan Gon akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September depan.

Ketika ini, Faisal tersisih dalam aksi kompetitif selepas pemain lincah Selangor FC itu digantung sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bermula 25 Julai hingga 23 Ogos ini.

Selangor FC telah membuat rayuan terhadap hukuman itu namun, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman penggantungan itu selama sebulan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta.

Untuk rekod, Faisal telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenya­taan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media). – UTUSAN ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN