Tawaran lumayan Pak Arab tak mampu goda Salah

Tawaran lumayan Pak Arab tak mampu goda Salah

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ejen Mohamed Salah menolak kemungkinan bintang Mesir itu akan melengkapkan perpindahan lumayan ke Liga Pro Saudi pada musim panas ini sambil menegaskan dia komited kepada Liverpool.

Akhbar Saudi, Al Riyadiah dalam laporannya kelmarin mendakwa Al-Ittihad menawarkan kontrak dua tahun bernilai 180 juta euro (RM900.20 juta) kepada bintang Reds itu.

Ejen pemain itu, Ramy Abbas Issa bagaimanapun menafikan berita tersebut.

“Mohamed kekal komited bersama LFC (Liverpool FC).

“Jika kami mempertimbangkan untuk meninggalkan LFC tahun ini, kami tidak akan memperbaharui kontrak pada musim panas lalu,” kata Ramy dalam Twitter.

Salah, 31, telah menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun pada musim panas lalu yang menyaksikannya kekal di Anfield sehingga Jun 2025

Liverpool sudahpun kehilangan dua tonggak tengah, Jordan Henderson dan Fabinho yang berhijrah ke Arab Saudi.

Henderson menyertai kelab yang dibimbing oleh bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, El-Ettifaq, manakala Fabinho dijual kepada Al-Ittihad.

Penyerang mereka, Roberto Firmino sebelum itu berhijrah ke Al-Ahli selepas  kontraknya di Anfield tamatnya.

JORDAN Henderson menyertai Steven Gerrard (kiri) beraksi buat kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq dengan kontrak tiga tahun. 

Salah telah meledak 186 gol dalam 305 perlawanan sejak menyertai Reds dari Roma pada 2017.

Bintang Mesir itu sudah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA semasa di Anfield.

Dia juga memenangi tiga Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA sebanyak dua kali semasa bersama pasukan bimbingan Jurgen Klopp.

Liga Pro Saudi berjaya memikat beberapa nama terbesar sejak pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo menyertai Al-Nassr, Januari lalu dari Manchester United.

Pemenang Ballon d’Or terkini, Karim Benzema dan Fabinho, serta bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dan bekas pemain sayap Celtic, Jota, kesemuanya menyertai Al-Ittihad, yang kendalikan bekas bos Tottenham dan Wolves, Nuno Espirito Santo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN