Tak sangka Selangor bangkit sampai 11 gol

Tak sangka Selangor bangkit sampai 11 gol

AYRON Del Valle mengetuai amukan Selangor FC di Kota Bharu apabila meledak empat daripada 11 gol yang dicipta pasukan itu. UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tan Cheng Hoe memuji karakter pemain Sela­ngor selepas ketinggalan 2-0, namun mengakui tidak menduga mereka boleh bangkit membolosi gawang lawan sehingga 11 gol ketika membenam Kelantan FC 11-2 kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Gergasi Merah dikejutkan dengan dua jaringan pantas tuan rumah menerusi penalti Natanael Siringo Ringo seawal minit kelima dan Fazrul Amir Zaman, minit ke-14.

Ketinggalan dua gol tidak mencemaskan anak-anak buah Cheng Hoe, sebaliknya mereka membalas dengan empat jari­ngan Ayron del Valle, hatrik Richmond Boakye, dua gol ­Faisal Halim dan satu jaringan menerusi Yohandry Orozco serta Sharul Nazeem Zulpakar.

“Saya sebenarnya tidak menjangkakan satu kemenangan besar. Semua ini terhasil daripada usaha dan kerja keras barisan pemain. Mereka bermain sebagai satu pasukan dan inginkan kedudukan terbaik.

“Kini kita berada di tangga kedua Liga Super dan secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada Selangor FC untuk mengekalkan kedudukan ini,” katanya.

Menurut Cheng Hoe, Selangor FC akan berdepan beberapa perlawanan penting termasuk dalam suku akhir Piala Malaysia, selain perlu berdepan Terengganu FC dan Kedah di gelanggang lawan selepas ini.

Justeru, mereka tidak boleh keciciran mata jika mahu mengekalkan kedudukan kedua liga yang memberikan tiket ke Piala AFC musim depan.

FAISAL Halim belum kembali ke prestasi terbaik biarpun menjaringkan dua gol. – IHSAN FAS

Menyentuh prestasi Faisal, beliau merasakan pemain itu belum mencapai tahap terbaik selepas kembali daripada penggantungan, manakala Boakye-Yiadom pula perlu diberikan masa untuk menyesuaikan diri dan mempamerkan kebolehan sebenar.

“Tidak mudah bagi mana-mana pemain untuk mendapatkan kembali momentum serta keyakinan selepas sebulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif, namun Faisal menunjukkan sikap positif pada setiap sesi latihan untuk kembali ke prestasi sebenar.

“Boakye Yiadom pula baru menyertai Selangor pada pertengaham musim dan memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan keserasian dengan pasukan dan corak permainan. Barisan jurulatih tahu kualitinya yang sentiasa bekerja keras,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN