Steinbruckner bersimpati dengan Vega

Steinbruckner bersimpati dengan Vega

TERENGGANU FC meraikan kejayaan membedil Kelantan FC 8-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner tidak dapat membayangkan ‘ketakutan’ yang dialami Ketua Jurulatih Kelantan FC, Angel Alfredo Vega gara-gara dibelasah 0-8.

Kata Steinbruckner atau lebih mesra dipanggil Tomi, kebanyakan pemain Kelantan yang terlalu muda dengan fizikal seperti keanak-anakan antara faktor The Red ­Warriors (TRW) mudah diratah oleh pasukannya kelmarin.

Katanya, sekatan perpindahan yang dikenakan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Kelantan FC juga memberi kesan buruk kepada pasukan itu.

“Barisan pemain mereka terlalu muda, malah fizikal mereka macam keanak-anakan. Ia bagus untuk masa depan Kelantan tetapi perlu diakui mereka belum bersedia untuk saingan kompetitif Liga Super.

“Saya tidak dapat bayangkan ketakutan ketua jurulatih mereka, Angel Alfredo Vega apabila dibolosi sehingga lapan gol. Pastinya beliau berasa tidak selesa kerana situa­si sebegitu tidak bagus untuk pasukan,” kata Steinbruckner.

PEMAIN tengah Kelantan FC, Muhaimin Izuddin Asri (kiri) bersaing dengan penyerang Terengganu FC, Engku Nur Shakir Engku Yacob dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.  UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, hatrik Ivan Mamut mengetuai pesta gol Penyu, sekali gus memburukkan lagi nasib Kelantan FC yang kini di tangga kedua tercorot liga.

Hanya lima hari selepas menikmati kemenangan pertama dalam tempoh lima bulan dengan menumpaskan Negeri Sembilan 2-0, TRW kembali menampilkan aksi membimbangkan.

“Saya meneliti kesebelasan utama mereka dan ia lebih kurang sama ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan.

“Mereka yakin dengan kese­belasan utama itu selepas meraih kemenangan pada perlawanan sebelum ini

“Bagaimanapun mereka hanya menurunkan dua import, iaitu Loenardo Rolon dan Natanael Siringo Ringo. Situasi itu memberi sedikit kelebihan buat kami,” kata Steinbruckner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya