Sasaran pingat Sukan Asia diumum selepas 22 Ogos

Sasaran pingat Sukan Asia diumum selepas 22 Ogos

KETUA Kontinjen Negara ke Sukan Asia Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt (bertopi) melawat persiapan skuad terjun di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sasaran pingat Sukan Asia di Hangzhou, China bulan depan akan diumumkan selepas 22 Ogos ini.

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt berkata, satu bengkel akan diadakan pada tarikh berkenaan dan selepas itu barulah sasaran pingat akan diumumkan.

“Kita akan adakan satu bengkel pada 22 Ogos, selepas itu baru kita akan umumkan sasaran pingat,” katanya ketika ditemui media di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Kim Fatt yang membuat lawatan dan perjumpaan dengan jurulatih dan atlet terjun serta renang negara yang menjalani sesi latihan.

Ketika ditanya mengenai adakah sasaran akan melebihi atau setara dengan pencapaian di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Kim Fatt mengakui sukar untuk membandingkan kerana ada beberapa sukan tidak dipertandingkan di Hangzhou antara boling.

“Kita cuba tapi ada sukan yang penting tidak dipertandingkan contohnya boling yang mampu menghadirkan pingat ketika di Jakarta edisi lalu, tetapi bukan kita nak tolak tanggungjawab.

“Kita menyeru atlet pergi bertanding dengan semangat meraih emas, berjuang demi negara,”ujarnya.

Dalam pada itu, Kim Fatt menjelaskan bahawa persiapaan atlet untuk ke Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober depan, sudah mencapai 80 peratus.

“Persediaan atlet untuk ke Sukan Asia sudah 80 peratus. Semua berjalan dengan baik dan harap semua atlet bebas daripada kecederaan serta berada tahap terbaik,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya