PETALING JAYA: Pemain pertahanan Kedah Darul Aman (KDA), Rodney Celvin memohon maaf kerana mengasari penyerang Perak FC, Seo Seonung sehingga menyebabkan hidungnya patah.
Dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Stadium Perak kelmarin, Kedah kalah 3-1 dan Rodney dilayangkan kad merah pada minit ke-61 ekoran insiden tersebut.
Kata Rodney, 25, kekasaran terhadap pemain import kelahiran Korea Selatan, Seonung tidak disengajakan.
Sehubungan insiden itu, Rodney mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada pasukan Perak FC, Seonung serta penyokong Bos Gaurus.
PERMOHONAN MAAF DARI RODNEY CELVIN AKWENSIVE KEPADA SEO SEONUNG, PENYOKONG & PERAK FC
Info penuh: https://t.co/eMSrq3OdoN pic.twitter.com/sO7AlEZyK3
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 4, 2023
“Saya ingin memohon maaf kepada pemain Perak FC, Seo Seonung dan penyokong atas insiden yang berlaku semasa perlawanan Piala Malaysia semalam.
“Sejujurnya saya tiada niat untuk mencederakan mana-mana pemain dan insiden itu berlaku secara tidak sengaja selepas dikasari. Semoga Seo cepat sembuh,” kata Rodney di laman media sosialnya malam tadi. – UTUSAN ONLINE