Pemain Piala Dunia Wanita nikmati bonus besar

Pemain Piala Dunia Wanita nikmati bonus besar

HILDAH Magaia (kanan) mahu menggunakan imbuhan lumayan yang diterima dalam Piala Dunia Wanita untuk menyara keluarga. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pemain yang ma­ra ke pusingan kalah mati di bola sepak Piala Dunia Wanita menikmati bonus individu lebih besar hingga mampu mengubah hidup kebanyakan daripada me­reka.

Persekutuan Bola Sepak An­tarabangsa (FIFA) menetapkan AS$30,000 (RM137,387) untuk 732 pemain bagi 32 pasukan yang bertanding di kejohanan berkenaan.

Jumlah pembayaran me­ningkat kepada AS$60,000 (RM274,791) untuk pemain da­lam 16 pasukan yang mara ke peringkat kalah mati.

Wang bonus terus meningkat kepada AS$90,000 (RM412,174) untuk pemain yang beraksi di suku akhir dan ia duit penting bagi kebanyakan pemain ter­utama mereka yang berdepan pertikaian kewangan dengan persekutuan masing-masing mengenai gaji dan sokongan.

Penyerang Afrika Selatan, Hildah Magaia yang membantu skuad Banyana Banyana mara ke peringkat kalah mati bercadang menggunakan wang tersebut untuk menjaga ibunya.

“Saya akan dapat melakukan segala-galanya untuk ibu saya kerana saya yang menjaga­nya. Saya mencari wang untuk keluar­ga,” kata Magaia.

DENEISHA Blackwood (tengah) ketika bersaing dengan penyerang Colombia, Catalina Usme dalam aksi Piala Dunia Wanita. – AFP

Sementara itu, Deneisha Blackwood yang mewakili Jamaica dan telah disingkirkan oleh Colombia dalam aksi pusingan ke-16, menyifatkan pembayaran minimum sebagai permulaan yang baik untuk pasukannya.

Jamaica mengalami masalah kewangan dan bergantung pada crowdfunding untuk mengumpul wang bagi mengharungi kejohanan itu.

“Jelas sekali hadiah wang itu adalah ganjaran yang kami tidak pernah bayangkan. Ramai daripada kami perlukan duit untuk membayar bil harian kehidupan dan menguruskan keluarga.

“Untuk generasi muda yang melihat bola sepak tidak menghasilkan banyak wang tetapi dengan melihat kejayaan dicipta oleh kami maka ia akan menjadi motivasi kepada mereka untuk menjadikan sukan ini sebagai sumber rezeki,” ujarnya

Kesatuan pemain global FIFPRO, tahun lalu menghantar surat kepada FIFA bagi pihak pemain daripada 25 pasukan kebangsaan meminta memberi imbuhan lebih baik di Piala Dunia.

FIFA sebelum ini mengumumkan hadiah keseluruhan bernilai AS$110 juta (RM504 juta) pada Jun lalu.

Bagaimanapun, FIFA tidak dapat memberi jaminan wang itu akan terus dikreditkan dalam akaun pemain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN