Nafuzi terkedu Kedah tersingkir dari Piala Malaysia

Nafuzi terkedu Kedah tersingkir dari Piala Malaysia

PERAK menyingkirkan Kedah dari saingan Piala Malaysia malam tadi. - IHSAN KEDAH DARUL AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Nafuzi Zain hilang kata-kata apabila melihat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tersingkir daripada saingan Piala Malaysia akibat kesilapan sendiri ketika segala kelebihan memihak kepada mereka sewaktu menentang Perak FC di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Menurut Ketua Jurulatih Sang Kenari itu, kesilapan seperti itu sering berlaku ketika KDA FC berdepan perlawanan penting, sedangkan mereka pada hakikatnya sudah berada di landasan tepat untuk mencapai kemenangan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka dihukum termasuk oleh anak-anak buah Yusri Che Lah yang hanya beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh lebih 35 minit pada perlawanan itu.

“Tak ada apa yang boleh saya kata tentang perlawanan ini kerana dari awal sampai minit-minit terakhir, pemain sudah berikan segalanya dalam segala aspek. Kita sudah berikan 100 peratus serta menampakkan keinginan dan usaha untuk menang.

“Kami mendahului 2-0 dan ketika itu, kami sudah bersedia untuk masa tambahan. Namun akibat kesilapan sendiri, kita dihukum. Maka saya speechless,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu berakhir.

KEGEMBIRAAN Kedah yang meraih gol menerusi Manuel Hidalgo tidak bertahan lama. – IHSAN KEDAH DARUL AMAN

Meskipun mencatat kemenangan 2-1, KDA FC gagal ke suku akhir Piala Malaysia kerana tewas 3-4 dari segi agregat kepada Perak, setelah Sang Kenari terlebih dulu kalah 3-1 dalam pertemuan pertama di Ipoh pada 3 Ogos lalu.

Mengulas lanjut Nafuzi berkata, secara keseluruhannya beliau melihat KDA FC telah menekankan intensiti tinggi apabila mencipta banyak peluang sejak dari awal permainan.

Namun katanya, para pemain dilihat bermasalah untuk membuat keputusan akhir, sekali gus menyebabkan peluang dicipta gagal diterjemahkan kepada jaringan.

“Dalam keadaan ini, mungkin ada sesetengah pemain yang gugup hingga menyebabkan kesilapan mudah boleh berlaku. Ini perlawanan besar dan dalam keadaan terdesak pemain mungkin melakukan pilihan yang salah apabila perlu melakukan keputusan pada saat getir.

“Namun seorang pemain yang bagus, perlu mampu menerima tekanan. Dari segi keinginan dan usaha, saya fikir pemain dah beri segalanya dan itu yang menyebabkan kita lebih kecewa kerana gagal layak ke pusingan seterusnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN