Malaysia bawa 294 atlet ke Sukan Asia Hangzhou

Malaysia bawa 294 atlet ke Sukan Asia Hangzhou

ATLET karate, Zakiah Adnan melengkapkan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar kekuatan 294 atlet untuk menghadapi Sukan Asia di Hangzhou, China, bulan depan selepas menambah seorang atlet pada saat akhir hari ini. 

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia, Datuk Chong Kim Fatt mengesahkan, atlet karate, Zakiah Adnan yang memenangi pingat gangsa acara kumite wanita bawah 61 kilogram (kg) pada Kejohanan Asia 2023 bulan lalu akan melengkapkan kontinjen negara ke temasya yang berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober. 

“Untuk pengetahuan, atlet kita baru-baru ini sudah jadi 294 orang, kita tambah satu atlet karate selepas kejohanan di Melaka bulan lalu, termasuk 402 pegawai untuk dibawa ke Hangzhou.

“Kita dapat daftarkan dia, berjaya. Dia diletakkan dalam kategori A (ditanggung sepenuhnya),” katanya ketika membuat lawatan ke kem latihan skuasy dan wusyu di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kim Fatt yang juga Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia percaya sukan itu mampu membutirkan satu pingat tanpa mengira warna selepas tujuh atletnya akan berkampung selama sebulan di Beijing, China, sebelum temasya berlangsung. 

Katanya, sasaran itu diletakkan kerana mahu mereka melakukan persiapan rapi memandangkan Malaysia bakal berdepan cabaran hebat antaranya termasuk dari negara tuan rumah, Macau, Hong Kong dan juga Taiwan. 

“Kita akui saingan di China nanti pasti mencabar, jadi kita ambil inisiatif untuk menghantar atlet wushu ke China agar mental dan fizikal lebih baik tanpa gangguan. Jadi, kita harap atlet wushu mampu tampil baik pada sesi latihan sebulan di Beijing sebelum bersaing pada temasya sebenar nanti di Hangzhou,” ujarnya.

Ketujuh-tujuh atlet itu akan menjalani latihan di Beijing dari 24 Ogos hingga 24 September, sebelum temasya bermula pada 28 Ogos 223. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya