Malaysia bangkit benam Indonesia 2-1

Malaysia bangkit benam Indonesia 2-1

TIERNEY meledak dua gol membantu skuad B-23 negara membenam Indonesia dalam aksi pembukaan Kejohanan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Indonesia 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Wilayah Rayong itu, pemain kacukan Malaysia-Scotland, Fergus Tierney muncul wira apabila dia meledak dua gol untuk menghadiahkan kemenangan bermakna buat anak-anak buah E.Elavarasan.

Bagaimanapun, Indonesia terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-28 menerusi Ramadhan Sananta yang menyudahkan peluang terhidang untuk skuad Garuda Muda mendahului pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Malaysia bangkit memperkemaskan permainan dan hasilnya skuad negara dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-54 selepas Tierney dijatuhkan didalam kotak penalti.

Tierney yang ditugaskan mengambil sepakan itu tenang untuk menjaringkan gol penyamaan sebelum dia meletakkan Malaysia dihadapan pada minit ke-62 menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti.

Indonesia melakukan asakan habis-habisan pada minit-minit terakhir perlawanan namun, anak-anak buah Elavarasan kental bertahan untuk keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu mencerahkan peluang skuad negara untuk melangkah ke separuh akhir dengan mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri dengan Timor Leste dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.

Format Kejuaraan B-23 AFF 2023 menyaksikan tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 24 Ogos.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya