Liga Pro Saudi terlalu mudah buat bintang Eropah?

Liga Pro Saudi terlalu mudah buat bintang Eropah?

ROBERTO Firmino (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Al-Ahli menumpaskan Al-Hazem 3-1 dalam perlawanan Liga Pro Saudi di Stadium Prince Abdullah Al Faisal, Jeddah semalam. – IHSAN AL-AHLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) menganggap Liga Pro Saudi terlalu mudah selepas Roberto Firmino menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit pertama ketika membuat penampilan sulung bersama Al-Ahli semalam.

Bekas bintang Liverpool itu kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-72 untuk membantu Al-Ahli menumpaskan Al-Hazem 3-1.

Biarpun baru tiba di Arab Saudi bulan lalu, dia sudah me­nunjukkan impak, membuatkan peminat-peminatnya memang­gil dia pulang ke England.

“Liga ini,” komen seorang peminat bersama beberapa emoji ketawa di media sosial.

“(Riyad) Mahrez dan Firmino meraikan gol yang sudah dijangka,” kata seorang lagi, dengan nada sindiran.

“Budak itu akan ‘memasak’ di Saudi,” kata seorang lagi penyokong lain,

“Firmino akan memusnahkan Liga Perdana,” sindir pe­minat lain yang meremehkan pertahanan kelab Arab Saudi.

Firmino bukan satu-satunya bekas bintang EPL yang mempamer prestasi baik dalam aksi semalam kerana wira treble Manchester City, Mahrez dan bekas pemain Newcastle Uni­ted, Allan Saint-Maximin turut beraksi baik.

Mahrez memainkan peranan penting dalam dua jaringan Firmino, manakala Saint-Maximin memberikan hantaran lintang kepada Firmino untuk menanduk masuk gol pertama.

Di bahagian belakang, Al-Ahli mempertaruhkan bekas pemain pertahanan Roma, Roger Ibanez selain bekas pemain pertahanan Leeds Uni­ted, Ezgjan Alioski bermain bersamanya di bek kiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN