Kes FIFA masih 'hantui' Kelantan FC

Kes FIFA masih ‘hantui’ Kelantan FC

KELANTAN FC masih belum dilepaskan kes sepenuhnya dengan FIFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC belum selamat sepenuhnya daripada kes yang difailkan ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana ia belum diselesaikan oleh kelab Pantai Timur itu.

Bagaimanapun, kelab itu masih boleh mendaftar pemain baharu pada jendela perpindahan kedua pada Jun lalu kerana FIFA belum mengeluarkan arahan sekatan perpindahan pemain kepada Kelantan FC.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman dan berkata, sekurang-kurangnya tiga kes masih lagi berjalan membabit Kelantan FC dengan ada antaranya FIFA sudah mengeluarkan keputusan supaya pasukan itu menyelesaikan pembayaran tuntutan dalam tempoh tertentu.

“Jika diikutkan Kelantan FC sudah dilepaskan daripada sekatan pembelian pemain baru oleh FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) sekali gus pada masa ini boleh mendaftar pemain baharu.

“Kes membabitkan FIFA pula masih lagi berjalan dan tidak selesai lagi. Kita akan lihat nanti sama ada Kelantan FC mungkin dikenakan sekatan perpindahan pemain atau sebaliknya.

“Kelantan FC perlu membayar tuntutan kepada individu berkaitan dalam tempoh ditetapkan dan jika gagal hukuman lain sudah pastinya menanti mereka,” katanya.

Terdahulu, Kelantan FC dipalit dengan beberapa isu termasuklah membabitkan bekas pemain dan jurulatih pasukan tersebut yang membawa kes ke FIFA untuk tindakan lanjut.

Malah, ejen dari Korea Selatan, Myeongho Jeong di laman Instagram miliknya turut mendakwa bekas pengendali Kelantan FC Choi Moon Sik telah memenangi kes yang difailkan mereka kepada FIFA.

Nama kelab itu terus hangat di FIFA apabila bekas pemain import mereka, Kervens Belfort pula menang kes yang difailkan menentang pasukan berkenaan.

Penyerang dari Haiti itu, difahamkan telah memfailkan tuntutan kepada FIFA berkaitan kontraknya bersama Kelantan FC selepas disisihkan oleh pasukan terbabit musim ini meskipun pada mulanya dijanjikan tempat dalam skuad The Red Warriors.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN