Kedah akan bangkit benam Perak FC

Kedah akan bangkit benam Perak FC

PEMAIN Kedah menjalani latihan akhir di Alor Setar semalam dalam persiapan menghadapi Terengganu FC malam ini. – IHSAN KEDAH DARUL AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Nafuzi Zain percaya, kekalahan 3-1 yang dialami Kedah Darul Aman (KDA) dalam aksi pertama Piala Malaysia menentang Perak pada 3 Ogos lalu tidak akan berulang malam ini, sebaliknya Sang Kenari pasti bangkit di laman sendiri apabila kedua-dua pasukan berentap sekali lagi.

Kata pengendali Kedah itu, pemainnya sudah menerima pengajaran daripada kekalahan tersebut dan tidak tertekan untuk menerima kunjungan anak-anak buah Yusri Che Lah di Stadium Darul Aman.

Nafuzi yang merupakan penerima anugerah Jurulatih Terbaik Kebangsaan 2022 berkata, pasukannya tidak menampilkan prestasi sebenar ketika tewas kepada Bos Gaurus di Ipoh dan keadaan pasti berbeza jika mereka fokus sepenuhnya di depan penyokong sendiri.

“Bagi saya, kami tiada tekanan kerana masing-masing tahu apa perlu dibuat untuk memastikan kami layak ke pusingan seterusnya iaitu perlu menjaringkan tiga gol di laman sendiri.

“Memang kerja berat tetapi itu bukan mustahil. Lagi pun kelebihan yang mereka miliki itu juga disebabkan kesilapan kita sendiri yang gagal tampil aksi sebenar dalam pertemuan pertama.

“Perkara itu harus dijadikan pengajaran, kami kena main bersungguh-sungguh selain perlu memberi usaha tambahan dari segenap sudut. Saya fikir pemain kini sedar hakikat itu,” katanya ketika ditemui semalam.

NAFUZI Zain mengendalikan sesi latihan Kedah menjelang pertemuan dengan Perak pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar. – UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI

Mengenai tindakan Perak merehatkan beberapa tonggak, termasuk Luciano, Luka, Kim Kang Hyun serta Seo Seon Ung dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), JDT Ahad lalu dengan alasan memberi tumpuan menentang Kedah, Nafuzi berkata, beliau tidak ambil pusing perkara itu.

“Saya tak kisah apa mereka nak buat kerana yang penting fokus kepada pasukan sendiri. Biarlah Perak dengan cara mereka kerana apa yang lebih pen­ting kita perlu 100 peratus bersedia dengan apa jua situasi.

“Saya lihat kesungguhan pemain di tahap tertinggi untuk meletakkan usaha yang lebih dalam segenap aspek. Kita perlu belajar daripada apa yang terjadi dalam perlawanan pertama dan saya yakin pemain sudah faham mengenainya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN