Greenwood sertai Al-Ettifaq berita palsu - Gerrard

Greenwood sertai Al-Ettifaq berita palsu – Gerrard

MASON GREENWOOD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMMAM, Arab Saudi: Steven Gerrard menafikan spekulasi dia akan membenarkan Mason Greenwood membina semula kariernya di Al-Ettifaq.

Pemain England berusia 21 tahun itu sedang mencari kelab baharu selepas mencapai persetujuan bersama Manchester United kelmarin bahawa dia akan meninggalkan Old Trafford sebaik sahaja siasatan dalaman enam bulan terhadanya selesai.

Gerrard yang merupakan pengurus Al-Ettifaq berkata, laporan yang mengatakan dia mempertimbangkan perpindahan Greenwood sebagai “berita palsu.”

BBC dan Telegraph memetik sumber kanan Liga Pro Saudi melaporkan, mereka
mengambil serius dakwaan yang dikaitkan dengan Greenwood, dan ia mungkin menghalang mana-mana kelab dalam liga tersebut menandatangani pemain itu.

Greenwood digantung oleh United pada Januari 2022 atas dakwaan berkaitan seorang wanita muda selepas imej dan video disiarkan dalam talian.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya (CPS) mengumumkan dakwaan itu digugurkan selepas saksi utama menarik diri dalam kes itu.

United dalam satu kenyataan berkata: “Semua yang terlibat, termasuk Mason, menyedari kesukaran untuk dia memulakan semula kerjayanya di Manchester United.”

Agensi berita PA difahamkan kelab itu bekerjasama dengan keluarga Greenwood mencari persekitaran yang sesuai buatnya meneruskan kerjaya, dengan rundingan sedang dijalankan untuk mencari penyelesaian yang betul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN