Fulham pastikan Arsenal gigit jari setelah seri 2-2

Fulham pastikan Arsenal gigit jari setelah seri 2-2

Penyerang Arsenal, Bukayo Saka cuba melepasi kawalan pemain Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan 2-2 di Stadium Emirates, London hari ini. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berputih mata untuk mencatat kemenangan ketiga mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila diikat seri 2-2 oleh Fulham dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates hari ini.

Anak buah Mikel Arteta menghdapai detik sukar apabila mereka dikejutkan dengan gol daripada pelawat seawal minit pertama menerusi Andreas Pereira yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Arsenal.

Selepas meraih jaringan tersebut, Fulham berdisiplin menahan setiap asakan Arsenal dan membawa kelebihan itu menuju ke bilik persalinan setelah tamat aksi separuh masa pertama.

Bersambung di babak kedua, Arsenal akhirnya memperoleh gol penyamaan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti setelah pertahanan Fulham, Tete mengasari Fabio Viera.

Bukayo Saka tidak menghadapi masalah untuk meletakkan bola ke gawang, sekaligus menjadikan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-70.

Arsenal akhirnya di depan dua minit kemudian, apabila Eddie Nketiah menyempurnakan hantaran silang Viera, namun gol tersebut menjadi kontroversi apabila pengadil perlawanan tidak memberhentikan perlawanan tatkala pertahanan Fulham, Calvin Bassey terbaring kesakitan kerana berlaga dengan Saka.

Malang terus menimpa Fulham selepas itu apabila kehilangan seorang pemain setelah Bassey dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasai Nketiah pada minit ke 82.

Dengan perlawanan hanya berbaki tiga minit sahaja lagi, Joao Palhinha berjaya melepaskan satu rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramdale bagi mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Biarpun perlawanan ini diberikan masa tambahan selama sembilan minit, asakan bertali arus Arsenal gagal membuahkan jaringan ketiga sekaligus terpaksa akur berkongsi satu mata dengan Fulham sejurus wisel tamat perlawanan dibunyikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN