Caicedo sah milik Chelsea, Liverpool kalah dalam perebutan

Caicedo sah milik Chelsea, Liverpool kalah dalam perebutan

Moises Caicedo diperkenalkan secara oleh Chelsea hari ini. - IHSAN CHELSEA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea mengalahkan Liverpool untuk mendapatkan bintang tengah Ecuador, Moises Caicedo dengan yuran perpindahan rekod Britain 115 juta pound (RM675 juta) awal pagi tadi.

Blues mengumumkan kehadiran pemain berusia 21 tahun itu secara rasmi hari ini dengan kontrak lapan tahun di Stamford Bridge.

Ia kali kedua dalam tempoh tujuh bulan Chelsea memecah rekod perpindahan Britain selepas berbelanja 107 juta (RM620 juta) untuk membawa masuk Enzo Fernandez pada Januari lalu.

Pada Jumaat lalu, Brighton menerima tawaran 110 juta pound (RM645 juta) daripada Liverpool, namun memberi tempoh kepada Blues untuk mengemukakan tawaran akhir mereka.

Caicedo menolak peluang untuk menyertai Reds sebaliknya lebih teruja berpindah ke Blues.

“Saya terlalu gembira dapat menyertai Chelsea!.

“Saya amat teruja untuk berada di kelab besar ini dan tidak fikir dua kali apabila Chelsea menelefon, saya hanya mahu menandatangani kontrak bersama kelab.

“Ia impian menjadi kenyataan untuk berada di sini dan saya tidak sabar untuk bermula dengan pasukan,” kata Caicedo dalam satu kenyataan kelab.

Chelsea dilaporkan akan membayar pendahuluan 100 juta (RM587 juta) dengan tambahan 15 juta (RM88 juta) berdasarkan bonus persembahan.

Perjanjian itu satu keuntungan besar buat Brighton, yang mengikat Caicedo dari Independiente del Valle dengan hanya 4 juta (RM23.48 juta) pada tahun 2021.

Romeo Lavia

Liverpool dijangka terlepas satu lagi sasaran utama di bahagian tengah selepas pemain remaja Southampton, Romeo Lavia bersedia untuk mengikut jejak langkah Caicedo berhijrah ke Chelsea.

Tiga tawaran Reds untuk pemain berusia 19 tahun itu ditolak dengan percubaan terbaru 45 juta (RM263.4 juta), kurang 5 juta (RM29.2 juta) daripada harga yang diminta Southampton.

Liverpool enggan membayar 50 juta pound (RM292.7 juta) untuk pemain dengan pengalaman hanya setahun dalam liga utama.

Lavia sudah bersetuju dengan syarat bersama Chelsea dan yuran perpindahan serta tambahan lain akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN