Buffon bersara minggu depan pada usia 45 tahun

Buffon bersara minggu depan pada usia 45 tahun

Gianluigi Buffon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Penjaga gol legenda yang membantu Itali muncul juara Piala Dunia 2006, Gianluigi Buffon bersedia untuk mengumumkan persaraan da­ripada bola sepak dan menceburi kerjaya baharu.

Buffon yang sudah menginjak usia 45 tahun dijangka mengumumkan persaraan ming­gu depan selepas memena­ngi 10 gelaran Serie A.

Selepas 28 tahun menjadi pemain bola sepak profesio­nal, penjaga gol kelahiran Tuscany itu dikatakan akan menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Itali yang diketuai Roberto Mancini.

Sepanjang kariernya, Buffon telah membuat 1,175 penampilan bersama Azzurri dan beberapa kelab yang pernah diwakili, sejak 1995.

Buffon memulakan kerjaya nya dengan Parma, meme­nangi Piala UEFA dan Coppa Italia sebelum dijual kepada Juventus pada 2001.

Sepanjang 17 tahun di ­Turin, dia memenangi 10 gelaran liga serta Piala Dunia 2006 bersama Itali.

Selepas satu musim di ­Perancis bersama Paris Saint-Germain (PSG), penjaga gol itu menyertai semula Juventus pada 2019 untuk dua musim lagi.

Sebuah kelab yang tidak dinamakan di Arab Saudi ­dilaporkan menawarkan pemain veteran itu perjanjian 25 juta pound (RM144 juta) setahun.

Begitupun mereka gagal meyakinkannya untuk terus bermain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN