Azizul rebut slot terakhir ke separuh akhir keirin Kejohanan Dunia

Azizul rebut slot terakhir ke separuh akhir keirin Kejohanan Dunia

PERUNTUKAN untuk persiapan atlet ke Sukan Olimpik di Paris tahun depan mencukupi biarpun terdapat pengurangan dalam bajet keseluruhan sukan negara dalam Belanjawan 2024 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menghidupkan cabaran Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia apabila berjaya lolos ke peringkat separuh akhir acara keirin sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Velodrome Sir Chris Hoy, Glasgow, Azizul turun dalam saringan ketiga suku akhir acara keirin berentap dengan beberapa peserta pilihan antaranya jaguh Belanda, Jeffrey Hoogland yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa di saingan ini serta Shinji Nakano yang mencabarnya ketika Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) Jun lalu.

Turut sama bersaing dengan Azizul di saringan tersebut merupakan pelumba Australia, Thomas Cornish, Sam Dakin dari New Zealand serta Maximilian Dornbach dari Jerman.

Azizul cuba untuk memecut lebih awal dengan menggunakan tetapan gear yang lebih berat, dan percaturan itu hampir memakan diri apabila Hoogland berjaya mengejarnya.

Pelumba Belanda itu berjaya mengungguli saingan, diikuti Nakano dan Conish sementara Azizul mengakhiri perlumbaan di tempat keempat.

Bagaimanapun catatan masa Azizul sudah cukup untuk melayakkannya untuk menjadi 17 pelumba yang layak ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 3 pagi nanti.

Azizul akan bersaing dengan penyandang juara dunia acara ini, Harrie Layversen bersama-sama Conish, Carlin Jack, Kaiya Ota dan Kevin Quintero dalam aksi separuh akhir pertama sebentar nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya