Vida tetap lawan Erfan rebut TRW

Vida tetap lawan Erfan rebut TRW

HASMIZA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penaja utama Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Othman tidak akan mengangkat ‘bendera putih’ dan menegaskan akan terus bersaing untuk memiliki The Reds Warriors (TRW).

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida berkata, Erfan Akif, seorang lagi individu yang berminat membeli Kelantan FC masih mentah dalam bola sepak.

“Saya tidak akan berundur dan masih bersaing untuk bersama (memiliki) pasukan ini.

“Ini kerana kalau dibiarkan kepada mereka yang masih baharu, sampai bila pasukan akan terumbang-ambing. Pasukan lain sudah menunjukkan perubahan tetapi Kelantan FC masih tercorot,” katanya.

Ditanya mengenai perjum­paannya bersama pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sebelum ini, Vida ­mengakui, semua berjalan baik, namun beliau tidak dapat mendedahkan hasil ­rundingan.

“Saya sudah bertemu Norizam di Pulau Pinang dan me­ngadakan perbincangan tertutup, namun segala maklumat mengenai perbincangan itu dirahsiakan untuk seketika ini.

“Persetujuan harga masih dalam rundingan dan (harga) terbaik untuk kita,” ujarnya.

Vida pernah menjadi penasihat dan penaja TRW dari 2016-2017 dengan nilai tajaan hampir RM20 juta.

Sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai pencapaian diraih dan atas pengalaman itu, dia yakin mampu menguruskan TRW.

Terdahulu, pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan mengumumkan bahawa satu perjajian kerahsiaan (NDA) antara beliau dengan pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman atau Zamsaham sudah dimeterai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN