Tunggu saman fitnah daripada saya - Norizam

Tunggu saman fitnah daripada saya – Norizam

NORIZAM Tukiman (kiri) dalam sidang akhbar bersama peguamnya di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnahnya hingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Tegasnya, semua tuduhan yang dilemparkan oleh pihak berkenaan adalah fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan dirinya serta kelab bola sepak Kelantan FC.

“Semasa sidang media itu (semalam), kami dapati banyak dan pelbagai tohmahan, fakta yang tidak benar dan tidak berasas, fakta-fakta yang dengan sengaja diselindungkan.

“Semua ini adalah fitnah dan penyelewengan fakta yang disengajakan.

“Pihak syarikat kini sedang mengambil tindakan saman fitnah ke atas tuduhan yang disampaikan melalui sidang media, semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, beberapa pelabur mendakwa diperdaya Norizam supaya melabur dalam pra tawaran permulaan saham (pra-IPO) untuk syarikatnya yang dikatakan akan disenarai di Bursa Malaysia.

Tujuh individu yang melabur di syarikat milik usahawan itu mendakwa diperdaya membabitkan kerugian mencecah RM900,000 apabila tiada pulangan pelaburan dan dividen diberikan sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Norizam, Siti Zurina Sabaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan pihak terbabit yang menyerang tanpa fakta dan tidak profesional.

“Saya mewakili anak guam saya akan mengambil tindakan undang undang mengikut lunas perundangan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN