Tak pernah berehat, saya jaga kecergasan - Ifedayo

Tak pernah berehat, saya jaga kecergasan – Ifedayo

IFEDAYO Olusegun melakukan persiapan akhir semalam sebelum mengikuti kunjungan Kedah ke Petaling Jaya untuk berdepan PDRM FC esok. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Meskipun sudah beberapa bulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif sejak mengakhiri kontrak bersama Melaka United, Ifedayo Olusegun sudah bersedia untuk kembali ke tengah padang dan mengembalikan reputasinya sebagai penyerang paling digeruni dalam kancah bola sepak tanah air.

Pemenang Kasut Emas Liga Super 2020 dan 2021 yang kini bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berkata, dia tidak pernah berehat daripada berlatih bagi memastikan tahap kecergasan dan kemampuannya kekal berada di tahap terbaik sepanjang masa.

Katanya, selama berada di negara asalnya, Nigeria untuk menjalani latihan bersama kelab lamanya, dia turut menyertai beberapa perlawanan persahabatan tidak rasmi bersama pasukan tersebut.

“Disebabkan itu, saya yakin dan sentiasa bersedia untuk diturunkan bila-bila masa termasuk menentang PDRM FC, Ahad ini. Matlamat saya tetap sama sejak dulu iaitu untuk memastikan gol yang dihasilkan pada akhir musim, mengatasi jumlah perlawanan saya bermain.

“Walaupun tidak terikat dengan mana-mana pasukan sebelum ini, saya sentiasa kerja keras jaga kecergasan. Ia perlu kerana anda boleh lihat bagaimana sesetengah pemain tidak cergas untuk bertahan selama 90 minit walaupun aktif dalam liga dan saya tak mahu jadi seperti itu.

“Saya percaya jika kita sentiasa berusaha untuk kenal watak rakan sepasukan dan cuba tempatkan diri di posisi betul, maka kita mampu buat yang terbaik dan tak perlu bersusah payah melakukan perkara yang betul bagi mendatangkan impak positif dan tak perlu bergelut bagi melakukan yang terbaik untuk pasukan,” katanya ketika ditemui.

Utusan Malaysia melaporkan, Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa khidmat Ifedayo dan seorang lagi pemain import baharu pasukan itu, Moses Atede akan diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan menentang PDRM FC malam esok.

Mengulas keputusannya menerima ‘pinangan’ KDA FC, Ifedayo yang merekodkan 70 dalam 73 penampilan bersama Felda United, Melaka United dan Selangor FC memaklumkan, dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada beberapa rakan mengenai perkara itu.

“Pertama saya dapatkan pandangan mereka mengenai Nafuzi dan beberapa rakan yang pernah bekerja dengannya di Terengganu. Selain itu saya juga tanya pandangan beberapa rakan dalam KDA yang pernah bersama di Selangor, Felda dan Melaka sebelum ini.

“Daripada maklum balas diterima, semuanya positif dan itu yang saya mahukan iaitu suasana kerja yang baik. Pasukan ini dilihat sentiasa meletakkan setiap perkara di tempat yang betul dan melaksanakan kerja secara berstruktur dari aspek bilik persalinan, kemudahan latihan serta kewangan dan itu dapat bantu pasukan melangkah lebih jauh,” katanya.

MANUEL Ott kembali memperkuatkan Kedah.

Sementara itu kapten pasukan, Manuel Ott berkata, dia sudah tidak sabar untuk kembali membantu pasukan setelah digantung dua perlawanan sebelum ini.

“Sukar sebenarnya untuk terima hakikat yang saya hanya dapat menonton, tetapi tidak dapat turut serta berada dalam padang bagi membantu pasukan. Kini saya sudah boleh diturunkan dan sudah tentu, saya mahu memastikan KDA FC mencatat kemenangan.

“Kami hanya perlu fokus kepada diri sendiri tanpa terlalu memikirkan pasukan lawan. Namun sudah tentu kami tidak boleh memandang mudah cabaran PDRM FC kerana pasukan itu telah beberapa kali melakukan kejutan terhadap pasukan-pasukan ternama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya