Shakira ke London tonton aksi Hamilton

Shakira ke London tonton aksi Hamilton

LEWIS Hamilton dikatakan menjalin hubungan dengan penyanyi pop Colombia, Shakira.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Shakira tiba di London semalam menjelang Grand Prix (GP) Britain hari ini ketika khabar angin bertiup kencang me­ngenai hubungannya dengan pemandu Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton.

Penyanyi Colombia itu bergegas meninggalkan Ming­gu Fesyen Paris kelmarin, bagi menonton perlumbaan F1 di Silverstone, sekali gus menguatkan spekulasi keberadaannya adalah untuk memberi sokongan kepada ‘kekasihnya’.

Bintang berusia 46 tahun itu juga sempat membuat ­catatan di Instagram mengenai kehadirannya di London.

Pasangan ‘A-list’ itu pernah dilihat menaiki bot persiaran bersama selepas Shakira berpisah dengan suaminya yang juga bekas bintang bola sepak Sepanyol, Gerard Pique.

Penyanyi Hips Don’t Lie itu dilihat berseri-seri di GP Sepanyol bulan lalu, ketika dia bersorak untuk Hamilton.

Pasangan itu kemudian dilihat menaiki bot selepas GP Miami, di mana Hamilton menjemput Shakira dari belakang rumah agam pantai bernilai 12 juta pound (RM71 juta) lewat bulan lalu.

Mereka juga bahkan kelihatan mesra pada majlis makan malam semasa Hamilton meraih tempat kedua dalam perlumbaan di Barcelona.

Bagaimanapun, terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa bintang F1 Britain dengan penyanyi tersebut hanyalah kawan baik dan tiada hubu­ngan romantik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya