Selangor FC akan buat rayuan terhadap hukuman Faisal

Selangor FC akan buat rayuan terhadap hukuman Faisal

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Selangor FC akan membuat rayuan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan empat bulan yang dikenakan terhadap ayam tambatan mereka, Faisal Halim.

Jawatankuasa Tatatertib FAM kelmarin mengesahkan, pemain sayap berusia 25 tahun itu digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November, namun dia hanya dikenakan penggantungan sebulan dahulu hingga 23 Ogos depan.

Bagaimanapun ramai peminat bola sepak tempatan menganggap penggantungan itu agak berat khususnya dalam usaha Selangor mahu mengekalkan kedudukan kedua Liga Super 2023.

Ketika ini, Selangor sekurang-kurangnya perlu menang enam daripada baki lapan perlawanan untuk mengesahkan slot mereka ke Piala AFC 2024 dan pastinya ketiadaan Faisal sedikit merencatkan usaha itu.

“Kelab akan menggemukan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan kepada Faisal dan kita yakin dia mampu menghadapi situasi ini dengan baik,” kata Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin.

Sebelum ini, FAM mengesahkan pemain sayap Selangor FC itu boleh merayu selepas dikenakan penggantungan hingga empat bulan menerusi keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM.

“Faisal telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenya­taan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).

“Hukuman dikenakan susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April lepas.

“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November. Bagaimanapun, Faisal hanya dikenakan penggantungan selama sebulan hingga 23 Ogos depan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfizul turut mengesahkan hukuman yang dikenakan terhadap Faisal hanya membabitkan aksi di Liga Malaysia sahaja dan sekiranya ia benar, Faisal akan tetap berpeluang beraksi di dengan skuad Harimau Malaya.

“Hukuman yang dikenakan terhadap Faisal juga hanya membabitkan aksi di Liga Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN