Sanjar idam kembali bersama Terengganu?

Sanjar idam kembali bersama Terengganu?

Sanjar Shaakhmedov
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain import tengah Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov dilihat berminat kembali menyarung jersi skuad Sang Penyu.

Lebih mengukuhkan spe­kulasi itu selepas Sanjar memuat naik gambarnya ketika bersama Terengganu pada suatu ketika dahulu di laman Instagram (IG).

Pemain kelahiran Uzbekistan sememangnya masih dirindui penyokong dan dia antara pemain tengah import terbaik pernah dimiliki kelab itu.

Sanjar telah beraksi dalam 33 perlawanan dan berjaya mencetak 13 jaringan dan tiga bantuan gol dalam saingan Liga Super sebelum pulang ke negara asalnya untuk beraksi di Liga Super Uzbekistan bersama AGMK Olmaliq selama satu musim.

Begitupun, selepas prestasinya merosot menyaksikan kontraknya tidak disambung oleh pihak pengurusan.

Sekiranya benar, bermakna Sanjar akan menyertai rakan senegeranya yang baharu sahaja disunting iaitu Nurillo Tukhtasinov pada jendela perpindahan musim kedua ini.

Nurillo telah mengikat kontrak dengan pasukan berpangkakan di Pantai Timur tersebut sehingga Disember 2024 bagi mengisi kuota pemain import skuad Penyu bagi musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, memiliki rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik Liga Uzbekistan dan kemahirannya itu dipercayai mampu memberikan impak positif bagi mengharungi saingan Liga Super, Piala Malaysia serta Piala AFC.

Dalam pada itu, pertahanan kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad dikatakan akan terus berkhidmat dengan kelab itu meskipun timbul ura-ura dia dipercayai bakal berhijrah ke Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN