Piala Raja Thai: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan

Piala Raja Thai: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan

AKSI regu pertama Malaysia (jersi biru) ketika menentang Indonesia dalam perlawanan Kumpulan B di Bangkok hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Kejohanan Sepaktakraw Dunia Piala Raja Thai selaku juara Kumpulan B selepas menumpaskan Indonesia 3-0 di Bangkok, sebentar tadi.

Kejayaan tersebut bermakna Malaysia berjaya mengelak daripada bertemu tuan rumah, Thailand yang tidak berdepan masalah untuk mengungguli Kumpulan A.

Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun bermula langkah kanan apabila regu A yang dibarisi Muhammad Syahir Rosdi, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Amirul Zazwan Amir mengutip mata pertama negara.

Mereka menang 21-18, 15-21, 21-13 ke atas trio Indonesia, Victoria Eka Prasetyo, Muhammad Hardiansyah Muliang dan Rusdi.

Indonesia yang terdesak untuk mencari mata penyamaan sekali lagi hampa apabila regu B mereka yang diperkuatkan oleh Muhammad Reza, Muhammad Hafiz dan Anwar Budiyanto juga tunduk kepada Malaysia.

Regu B negara yang menurunkan Mohamad Azlan Alias, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Farhan Adam meraih kemenangan 21-18, 13-21, 21-12.

Bagaimanapun, untuk perlawanan regu C, Indonesia bersetuju untuk memberi kemenangan percuma ke atas Malaysia kerana keputusan daripada pertemuan tersebut tidak mengubah kedudukan Malaysia, Indonesia, Vietnam ataupun Korea Selatan.

Skuad kebangsaan yang perlu beraksi dalam dua perlawanan, hari ini, berjaya menundukkan Vietnam 3-0 pada pertemuan yang berlangsung lebih awal.

Syahir, Khairol Zaman dan Amirul yang turun sebagai regu A mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-12.

Dalam aksi kedua, Malaysia yang menurunkan regu Azlan, Zarif dan Farhan melakar kemenangan mudah 21-9, 21-7 ke atas regu B Vietnam.

Anak-anak buah Ahmad Jais terus cemerlang apabila gandingan regu C yang dibarisi Muhammad Shahalril Aiman Halim, Mohd Muqlis Borhan dan Muhammad Hairul Hazizi Haidzir menumpaskan Vietnam 21-15, 21-18.

Esok, Malaysia akan turun beraksi menentang Myanmar yang muncul naib juara Kumpulan A pada pukul 9.30 pagi (waktu Malaysia). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya