Pahang Rangers benam Shah Alam City 6-1

Pahang Rangers benam Shah Alam City 6-1

Pahang Rangers membenam cabaran Shah Alam City 6-1 dalam aksi suku akhir pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 di Stadium Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan hari ini. (FOTO: IHSAN FAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Skuad kendalian Gerard Casas kini sebelah kaki ke peringkat separuh akhir Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 apabila membenam cabaran Shah Alam City 6-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan hari ini.

Pesta gol Pahang Rangers bermula seawal minit ke 10 apabila Amin Nasrollah Zadeh menyudahkan hantaran berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Sergio Jamur.

Amin sekali lagi meledak apabila menggelecek dua pemain Shah Alam City untuk meletakkan tuan rumah semakin selesa 2-0 di hadapan pada minit ke 15.

Bersambung aksi di babak kedua, Pahang Rangers terus mengganas apabila mereka menambah tiga jaringan dalam tempoh tiga minit, masing-masing menerusi Akmarulnizam Idris dan Sergio Jamur pada minit ke 28 serta Farhan Khairul Anuar pada minit ke 30.

Shah Alam City sempat meraih gol saguhati pada minit ke 32 sebelum Farhan menutup malam gemilang tuan rumah dengan gol keenam Pahang Rangers pada minit ke 37.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada 15 Julai depan bagi aksi suku akhir kedua di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya