New Zealand nikmati kemenangan pertama dalam Piala Dunia

New Zealand nikmati kemenangan pertama dalam Piala Dunia

PEMAIN New Zealand meraikan jaringan Hannah Wilkinson (tengah) ketika menentang Norway pada aksi pembukaan Piala Dunia Wanita di Eden Park, Auckland hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: New Zealand memahat sejarah memenangi aksi Piala ­Dunia Wanita buat kali pertama selepas mengejutkan bekas juara, Norway 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A hari ini.

Berdepan pasukan No. 12 ­dunia, tuan rumah yang menerima sokongan padu 40,000 penonton di Eden Park mencetus fenomena, berterima kasih kepada jaringan babak kedua Hannah Wilkinson.

Tuan rumah bersama Piala Dunia 2023 itu malah berpeluang menambah jaringan pada lewat permainan, namun sepakan penalti Ria Percival sekadar menggegar palang.

Begitupun mereka bertahan dengan baik selepas Norway, juara dunia 1995 juga mempunyai beberapa peluang mencipta jaringan, terutama menerusi percubaan jarak dekat Frida Maanum.

“Kami mempunyai matlamat yang jelas ingin memberi inspirasi kepada wanita dan gadis muda di seluruh negara dan di seluruh dunia.

“Saya fikir kami telah me­lakukannya hari ini. Tiada apa yang mustahil,” kata kapten New Zealand, Ali Riley sambil menangis.

Dia juga mendedikasikan kemenangan itu kepada keluarga mangsa korban dalam insiden tembakan yang menggemparkan Auckland beberapa jam sebelum perlawanan bermula.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN