Menentang Alcaraz final terbaik Wimbledon - Djokovic

Menentang Alcaraz final terbaik Wimbledon – Djokovic

CARLOS Alcaraz (kiri) akan menentang Novak Djokovic dalam final Wimbledon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Novak Djokovic menegaskan, motivasinya sentiasa tinggi biarpun tidak lagi mengejar rekod Grand Slam, dan menyifatkan pertembungan akhir Wimbledon menentang Carlos Alcaraz esok adalah ‘final terbaik yang kita boleh miliki.’

Djokovic kekal di landasan memburu kejuaraan tenis Wimbledon kali kelapan selepas menewaskan pilihan kelapan dari Itali, Jannik Sinner 6-3, 6-4, 7-6 (7/4).

Pemain No. 1 dunia, Alcaraz pula melangkah ke final Wimbledon buat kali pertama selepas menumpaskan pilihan ketiga dari Russia, Daniil Medvedev 6-3, 6-3, 6-3.

Kemenangan Djokovic pada Terbuka Perancis awal tahun ini membolehkannya  memegang rekod pemenang Grand Slam lelaki terbanyak dengan 23 trofi.

Berjaya mengalahkan Alcaraz esok akan memberikan Grand Slam ke-24 buat jaguh Serbia itu.

Malah, 36, Djokovic juga akan menyamai rekod lapan gelaran Wimbledon bersama Roger Federer dan merampas kembali takhta No. 1 dunia jika menewaskan Alcaraz.

“Saya tidak rasa banyak perbezaan (motivasi). Cita-cita saya sentiasa tinggi untuk memenangi gelaran. Ia tidak berubah tanpa mengira tempat dalam buku sejarah.

“Mungkin sesetengah orang fikir berjaya  memenangi Terbuka Perancis dan muncul satu-satunya pemain tenis lelaki meraih 23 Grand Slam memberi banyak kelegaan tapi ia bukan begitu,” kata Djokovic.

Begitupun Djokovic kagum dengan kemajuan besar bintang muda Sepanyol, Alcaraz, pemain yang 16 tahun lebih muda daripadanya.

Alcaraz, 20, menunjukkan peningkatan hebat sejak menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, dan melangkah ke final Wimbledon buat kali pertama dalam tiga penampilan.

CARLOS ALCARAZ

“Dia amat muda tetapi sangat konsisten sekarang, malah bermain baik juga di atas permukaan rumput.

“Saya tidak fikir ramai orang menjangkakan dia akan bermain dengan begitu baik kerana permainannya pada asasnya dibina dan dibangunkan untuk gelanggang keras tanah liat atau lebih perlahan.

“Dia sangat berjaya menyesuaikan diri dengan permukaan dan tuntutan serta cabaran lawan pada hari tertentu.

“Saya melihat ini sebagai sifat yang hebat, kemajuan besar. Tahniah kepadanya pemain yang menakjubkan,” kata Djokovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya