Lebih 1,000 pelajar ‘serbu’ Klinik Takraw STL

Lebih 1,000 pelajar ‘serbu’ Klinik Takraw STL

SEBAHAGIAN pelajar sekolah yang menyertai Klinik STL 2023 di Sekolah Antarabangsa, Sri Kuala Lumpur, Subang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Klinik STL yang julung kali diadakan berjaya menarik minat lebih 1,000 pelajar di sekitar Lembah Klang dan Seremban, baru-baru ini.

Bersempena Liga Sepak Takraw (STL) 2023 yang sedang rancak berjalan, penganjur, Astro mengambil inisiatif menganjurkan Klinik STL dengan menjadikan pelajar sekolah sebagai kumpulan sasar.

Klinik STL di Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur, Subang baru-baru ini dihadiri 500 pelajar lelaki serta wanita.

Selain di Lembah Klang, klinik tersebut yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan, Seremban, bulan lalu berjaya menarik 700 orang pelajar.

“Program yang pertama kali dianjurkan di sekolah-sekolah terpilih bertujuan untuk mempromosikan sukan tradisi tersebut di peringkat akar umbi.

“Selain mencungkil bakat-bakat baharu dan mempromosi jenama STL, klinik itu turut mendekatkan para pemain STL dengan peminat yang mana ada dalam kalangan mereka terdiri daripada pemain kebangsaan,” kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John.

Menurutnya, klinik itu akan terus diadakan ke sekolah-sekolah terpilih pada masa akan datang dengan perancangan dan penambahbaikan secara berterusan bakal dibuat.

Sementara itu, bekas pemain sepak takraw negara, Azlan Mubin yang juga pengacara STL berkata, klinik yang diadakan itu memberi peluang kepada pelajar tanpa mengira bangsa untuk mempelajari sukan tradisi tersebut.

“Sukan sepak takraw cukup sinonim dengan orang Melayu, tapi dengan pendedahan di peringkat akar umbi seperti di sekolah, saya melihat ramai pelajar lain termasuk Cina dan India turut serta dan menunjukkan minat,” ujarnya.

STL 2023 telah memasuki minggu keenam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dan akan menamatkan saingan pada 23 Julai ini. Piala Juara-Juara STL pula akan berlangsung pada 30 Julai-5 Ogos di Iskandar Malaysia Studios, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya