Kalahkan Thailand sukar tetapi bukan mustahil

Kalahkan Thailand sukar tetapi bukan mustahil

SELEPAS kalah kepada Thailand dalam final antara regu, Selasa lalu, Malaysia berpeluang menebus kekecewaan apabila berdepan tuan rumah sekali lagi pada perlawanan akhir berpasukan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun sudah 35 tahun tidak bergelar juara, namun jurang Malaysia-Thailand yang makin mengecil memberi harapan kepada skuad sepaktakraw negara untuk melakar kejutan apabila berentap dalam final berpasukan Kejohanan ­Dunia Piala Raja Thai di Bangkok hari ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Abdul Talib Ahmad berkata, melihat kepada persembahan Malaysia dalam final antara regu, Selasa lalu, pasukan negara kalah kepada taktikal dan sedikit kesilapan.

Dalam perlawanan itu, regu Muhammad Syahir Mohd. Rosdi, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Amirul Zazwan Amir tewas tipis 20-22, 17-21.

“Saya melihat ketika aksi mereka dalam antara regu, apa yang boleh saya katakan selain strategi taktikal, pemain kita kena kurangkan kesilapan apabila berdepan Thailand.

“Mental kena betul-betul kuat terutama berdepan situasi genting atau ketika mendahului di hujung permainan.

“Pemain jangan gentar dan perlu yakin mereka mampu menyudahkan permainan dengan kemenangan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Kali terakhir Malaysia ­merangkul kejuaraan berpasukan Piala Raja Thai adalah pada 1988 yang juga gelaran kedua mereka setelah muncul juara kejohanan sulung pada 1985.

PASUKAN negara meraikan kejayaan menewaskan Myanmar 2-0.

Pasukan negara mara ke per­lawanan akhir selepas menum­paskan ­Myanmar 2-0 dalam separuh akhir semalam, manakala Thailand menyingkirkan Korea Selatan juga dengan keputusan 2-0.

Regu pertama negara yang diperkuatkan oleh Mohamad Azlan Alias, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Farhan Adam tidak menghadapi masalah menang 21-7, 21-14.

Gandingan Syahir, Khairol Zaman dan Amirul mengesahkan kemaraan negara dengan kemenangan 21-16, 21-12.

“Saya akui bukan mudah buat pemain terutama apabila mereka terpaksa beraksi di laman lawan.

“Cuma kena berani dan bermainlah sesempurna mungkin kerana dalam sepak takraw walau satu kesilapan pun ia akan memberi mata kepada lawan,” ujarnya.

Mengulas mengenai pasukan Thailand, Abdul Talib membe­ritahu, juara Piala Raja Thai sebanyak 34 kali beturut-turut itu sejak 1989 memiliki ramai pemain berwibawa antaranya Siriwat Sakha, Sittipong Khamchan dan Pornthep Tinbangbon.

“Pemain-pemain ini memang berbahaya, jadi, pertahanan kita kena mantap untuk berdepan dengan serangan mereka,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya