Juarai STL 2023: Perak Bison harap ganjaran sewajarnya

Juarai STL 2023: Perak Bison harap ganjaran sewajarnya

PERAK Bison ketika meraikan kejayaan muncul juara Premier Liga Sepak Takraw 2023. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak Bison berharap mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada pihak berkenaan hasil kejayaan muncul juara Liga Sepak Takraw (STL) 2023 minggu lalu.

Pengurus Perak Bison, Mohd. Jaffrey Zainol berkata, pemberian ganjaran itu sebagai menghargai pengorbanan serta pencapaian mereka.

“Pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada pemain berikutan usaha gigih mereka itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selaku juara, Bison akan menerima hadiah wang tunai RM100,000, KL Thunder di tempat kedua RM50,000 manakala Penang Black Panthers RM30,000 di tempat ketiga.

Menurut Jaffrey, kejayaan pasukan itu mucul juara adalah diluar jangkaan.

“Sebenarnya kami sendiri tidak menjangka akan memperoleh gelaran ini.

“KL Thunder bermula garang pada pusingan pertama dan tampak mengulangi kejayaan namun peluang nampak cerah selepas kebanyakan pemain menyertai kejohanan Piala Raja Thai,” katanya

Walaupun Bison juga kehilangan tiga pemain utama iaitu Meor Zulfikar Mat Amin, Nor Aizat Nordin dan Aidil Aiman kepada skuad Piala Raja Thai tetapi pemain-pemain yang tinggal di STL memberikan persaingan yang baik dengan memperoleh kemenangan berharga ke atas ATM Guar­dians dan KL Thunder.

Menurut Jaffrey, kejayaan pada tiga minggu terakhir kejohanan mengubah haluan Perak Bison.

Katanya, pemain berjaya mengekalkan momentum dalam baki perlawanan sekaligus meletakkan Perak Bison dalam kedudukan tiga teratas sebelum melakukan pecutan ke garisan penamat untuk muncul juara.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan pengurusan, kejurulatihan dan pemain-pemain yang memberikan komitmen sepanjang 3 bulan ini,” katanya, yang juga setiausaha Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PSNP).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya