Jabeur mahu lengkapkan misi balas dendam di Wimbledon

Jabeur mahu lengkapkan misi balas dendam di Wimbledon

REAKSI Ons Jabeur ketika menentang Aryna Sabalenka pada perlawanan separuh akhir Wimbledon di Kelab Tenis All England, London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Berbeza dengan sikap mesra dan statusnya sebagai antara pemain paling disayangi dalam jelajah WTA, Ons Jabeur bercakap tentang sesuatu yang ‘menyakitkan’ dalam Wimbledon kali ini iaitu misinya membalas dendam.

Bintang tenis Tunisia itu bercakap tentang misi membalas sebelum menentang Elena ­Rybakina pada suku akhir selepas kalah kepada jaguh ­Kazakhstan tersebut dalam final tahun lalu.

Dia sekali lagi bercakap tentang balas dendam sebelum melangkah gelanggang separuh akhir semalam, menentang Aryna Sabalenka, pemain Belarus yang menjuarai Terbuka Australia tahun ini.

Selepas menyingkirkan Sabalenka 6-7 (7-5), 6-4, 6-3, misi balas dendam Jabeur tidak terhenti di situ.

Dia sekali lagi bercakap me­ngenainya menjelang pertemuan akhir dengan Marketa Vondrousova dari Republik Czech hari ini.

Semalam, Vondrousova mencatat kemenangan sensasi 6-3, 6-3 ke atas bintang kesayangan Ukraine, Elina Svitolina.

Jabeur tewas dua kali kepada Vondrousova tahun ini. Dia turun dengan misi melunaskan dendam, sekali gus memenangi gelaran Grand Slam pertamanya selepas gagal dalam tiga percubaan di pentas akhir.

 

REAKSI Marketa Vondrousova selepas menumpaskan Elina Svitolina untuk melangkah ke final Wimnledon. – AFP

“Dengan turun untuk membalas dendam dalam setiap perlawanan, ia nyata memberi kesan buat saya.

“Saya amat bangga kerana diri saya yang dulu mungkin sudah tewas perlawanan hari ini dan terus pulang tetapi saya berjaya bertahan dan mencari kekuatan,” kata pemain No. 6 dunia itu.

Sementara itu, Vondrousova, pemain ranking ke-42 dunia akan beraksi dalam final Grand Slam keduanya selepas muncul naib juara Terbuka Perancis 2019.

“Sukar untuk mempercayainya. Saya amat gembira dapat mara ke final.

“Elina lawan yang sukar dan individu yang hebat. Saya sangat gemuruh,” kata Vondrousova yang memahat sejarah sebagai pemain bukan pilihan pertama mara ke final Wimbledon dalam era Terbuka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya