Jabeur kalah lagi dalam perlawanan akhir Wimbledon

Jabeur kalah lagi dalam perlawanan akhir Wimbledon

Marketa Vondrousova.
MARKETA Vondrousova meraikan kejuaraannya bersama ribuan peminat di Kelab Tenis All England, London.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ons Jabeur melalui detik paling mengecewakan dalam karier tenisnya apabila kalah pada perlawanan akhir Wimbledon buat kali kedua berturut-turut.

Turun sebagai pilihan keenam, bintang Tunisia itu tumpas 4-6, 4-6 kepada pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Marketa Vondrousova.

Kekalahan itu hadir 12 bulan selepas dia dikecewakan di gelanggang yang sama, Centre Court kepada Elena Rybakina.

Vondrousova, pemain kidal berusia 24 tahun muncul pemain bukan pilihan pertama memenangi gelaran perseorangan wanita Wimbledon dalam era Terbuka.

ONS Jabeur terlalu kecewa gagal sekali lagi untuk bergelar juara Wimbledon.

 

Ons gagal menjadi pemain Arab dan Afrika pertama memenangi salah satu daripada empat gelaran Grand Slam.

Dia mempamer aksi gugup pada ketika Vondrousova, yang menjalani pembedahan pergelangan tangan tahun lalu bermain lebih tenang untuk merangkul gelaran Grand Slam pertamanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya