Tukar jurulatih tidak ubah nasib Perak

Tukar jurulatih tidak ubah nasib Perak

PEMAIN Terengganu FC meraikan jaringan gol ketika menentang Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pertukaran ketua jurulatih belum menampakkan perubahan prestasi terhadap Perak FC apabila terus mencatat kekalahan 0-3 kepada Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super hari ini.

Aksi di Stadium Perak yang berlangsung pada sebelah petang merupakan perlawanan pertama skuad Seladang selepas pemecatan ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim pada 25 Mei lalu.

Tempat beliau diambil alih oleh Yusri Che Lah yang bertindak sebagai jurulatih sementara.

Mengakui tidak meletakkan harapan yang menggunung buat anak buahnya, Yusri hanya mampu menyaksikan pasukannya terlebih dahulu dibolosi dua gol pada babak pertama.

Namun, lebih menghampakan Yusri sudah tentu apabila gawang tuan rumah dibolosi seawal minit keenam permainan oleh Adisak Khaisorn yang mudah menolak masuk bola ke dalam gawang Perak.

Ia berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan yang memberikan hantaran bola kepada penjaga gol Perak, Tian Keat See yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Terengganu kemudiannya tidak menunggu lama untuk melebarkan kelebihan jaringan dengan gol kedua pada minit ke-17 menerusi Sony Norde yang melepaskan rembatan kencang dari dalam kawasan penalti.

Pada awal babak kedua, tuan rumah memperoleh peluang gol namun percubaan Luciano Guaycochea tersasar.

Untuk menambah asakan ke atas lawan, Yusri membuat tiga pertukaran pemain sekaligus pada minit ke-61 dengan mengeluarkan Muhammad Amirul Akmal Safarinizam, Che Mohamad Suhairi Che Halim dan Arif Shaqirin Suhaimi.

Mereka masing-masing diganti Harith Naim Jaineh, Raja Imran Shah Raja Amin dan Muhammad Alif Zikri Zaini Anuar.

Namun kemasukan mereka gagal membawa perubahan sebaliknya, Jordan Mintah terus menambah derita Perak menerusi jaringan ketiga pasukan lawan pada minit ke-73 untuk kekalahan kesembilan pasukan Yob selepas 14 perlawanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya