TSG yakin pertahan gelaran pasukan No. 1 Asia

TSG yakin pertahan gelaran pasukan No. 1 Asia

TSG yakin mampu mempertahankan kedudukan pasukan No. 1 Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yakin mampu mengekalkan gelaran pasukan nombor satu Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood, TSG kini di ranking ke-11 benua dan keempat Asia berbaki empat bulan sebelum kalendar UCI musim ini berakhir.

Beliau berkata, meskipun berdepan tugas berat mencapai misi itu namun barisan pelumba TSG berhasrat mengutip mata maksimum dalam baki perlumbaan akan datang.

“Masih banyak siri jelajah di dalam dan luar negara belum berlangsung antaranya Kejohanan Berbasikal Kebangsaan pada Julai serta Le Tour de Langkawi (LTdL) pada bulan September.

“Bermula esok (hari ini) juga barisan pelumba TSG akan berentap dalam beberapa siri kejohanan di Jepun, Mauritius dan Thailand untuk terus memburu kutipan mata.

“Selain itu kejohanan di Filipina dan Turki juga akan disertai sebelum penutup tirai 2023 pada Oktober. Jadi saya optimis peluang TSG membaiki ranking semasa,” katanya.

CHE Ku Mohd. Izmuddin yakin TSG mampu mengekalkan gelaran No. 1 Asia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penghargaan dan Meraikan Rakan Media TSG di sini, semalam.

Che Ku Mohd. Izmuddin berkata, seramai enam pelumba akan membawa cabaran TSG dalam Jelajah Kumano di Jepun yang berstatus 2.2 UCI pada 2 sehingga 4 Jun diketuai Nur Aiman Zariff.

Selain itu lima lagi pelumba termasuk pakar mendaki, Anatoli Budiyak, Youcef Reguigui dan Shahrul Mat Amin bakal mewakili TSG dalam Jelajah Mauritius pada 6 sehingga 11 Jun.

“Kami menyasarkan untuk membuat kejutan dengan sekurang-kurangnya satu kedudukan podium walaupun bakal dicabar hebat pasukan bertaraf pro benua dan pro,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.