Sepak takraw optimis pertahan emas Sukan Asia

Sepak takraw optimis pertahan emas Sukan Asia

PEMAIN Malaysia ketika meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara regu lelaki dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yakin mampu mengekalkan pingat emas acara regu dalam Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China bermula September depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa pemain yang menampilkan aksi terbaik di Sukan SEA Kemboja bulan lalu.

Mohd. Sumali berkata, kemungkinan besar 70 hingga 80 peratus pemain yang beraksi di Sukan SEA Kemboja akan dikekalkan namun, pemilihan pemain masih terbuka dan akan ditentukan oleh barisan kejurulatihan negara.

“Di Sukan Asia Hangzhou, ada tiga acara di pertandingan, namun skuad lelaki akan menyertai acara regu dan regu berpasukan sahaja, manakala pasukan wanita dalam regu dan quadron.

“Pada Sukan Asia di Palembang (Indonesia), kita berjaya meraih emas regu dan kali ini kita yakin dapat mempertahankan gelaran. Kita ada peluang cerah biarpun berjumpa Thailand di pentas final.

“Semasa Sukan SEA bulan lalu, kita menang dengan regu utama mereka dalam berpasukan, namun ketika itu nasib tak menyebelahi kita untuk regu berikutnya. Di Sukan Asia nanti, kita akan berusaha lebih keras.

“Saya juga ingin maklumkan kita bersedia jumpa (menentang) siapa sahaja termasuk Thailand jika mereka ambil keputusan menyertai acara regu,” katanya selepas me­syuarat pemilihan atlet ke temasya Sukan Asia Sukan Asia di Hangzhou semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Sumali berkata, sepak takraw akan menyertai Sukan Asia Hangzhou atas tiket Kategori A untuk skuad lelaki manakala untuk skuad wanita masih belum diputuskan dan senarai nama pemain akan dihantar pada 15 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya