Sang Penyu berduka tewas 1-3 di tangan JDT  - Utusan Malaysia

Sang Penyu berduka tewas 1-3 di tangan JDT 

PEMAIN TFC, Arif Fadzilah Abu Bakar (tengah) dikawal ketat dua pemain JDT pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jaringan berkelas dunia dan dua layangan kad merah menghiasi aksi Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memihak skuad Harimau Selatan 3-1, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan JDT terus unggul dengan rekod bersih 100 peratus kemenangan manakala TFC kekal di kedudukan ketujuh mengumpul 20 mata daripada 14 perlawanan.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, TFC terlebih dahulu menguji Ahmad Syihan Hazmi di kubu JDT hasil rembatan jarak dekat Sony Norde minit ke-17 yang tinggi melepasi sasaran.

Penjaring terbanyak Liga Super, Fernando Forestieri kemudian memukau penonton di stadium apabila bola sepakan guntingnya dari luar kotak menerjah jaring untuk gol pembukaan minit ke-21.

Seminit berselang TFC cuba melawan apabila bola hantaran Argzim Redzovic singgah di kaki Engku Nur Shakir Engku Yaacob namun kuisan pemain tengah itu gagal menewaskan penjaga gol.

Sang Penyu akhirnya berjaya mengikat jaringan 1-1 pada minit ke-28 hasil sepakan percuma Norde dari jarak jauh sekaligus membawa TFC kembali dalam permainan.

Kedudukan itu tidak bertahan lama setelah Bergson Da Silva menyudahkan sepakan penalti berpunca kekasaran ke atas Arif Aiman Hanapi dalam masa tambahan babak pertama.

Nasib malang menimpa TFC setelah Redzovic diarah keluar padang pada minit ke-52 sebelum nasib sama dialami Ivan Mamut (m-74) untuk tuan rumah beraksi sembilan pemain.

JDT kemudian cuba menambah luka Sang Penyu malangnya sepakan percuma Juan Muniz serta percubaan Forestieri dan Oscar Arrivas menuju hujung permainan tersasar.

Sebelum tambahan masa lima minit ditiupkan pengadil, Endrick Dos Santos menyudahkan peluang terhidang sekaligus memastikan kemenangan mutlak 3-1 buat JDT. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.