Ruud mahu tamat ‘badi’ Djokovic - Utusan Malaysia

Ruud mahu tamat ‘badi’ Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Biarpun kalah empat pertemuan terdahulu, Casper Ruud percaya kini masa terbaiknya menum­paskan Novak Djokovic dan merangkul Grand Slam pertama apabila kedua-dua bintang dunia itu ­berentap di final Terbuka Perancis hari ini.

Memegang reputasi sebagai juara Grand Slam 22 kali, malah memenangi dua kejua­raan Terbuka Perancis, Djokovic, 36, turun sebagai pilihan untuk menang di Gelanggang Philippe-Chatrier.

Bagaimanapun Ruud, 24, berada pada prestasi terbaik untuk menamatkan kekecewaan yang dialami di Roland Garros tahun lalu apabila kalah kepada ‘raja tanah liat’, Rafael Nadal dalam perlawanan akhir.

Pemain No. 4 dunia dari ­Norway itu mengesahkan tiket final selepas menjinakkan jaguh Jerman, Alexander Zverev 6-3, 6-4, 6-0 semalam.

Djokovic, juara Terbuka ­Perancis 2016 dan 2021 pula menyingkirkan pemain No. 1 dunia, Carlos Alcaraz 6-3, 7-5, 6-1, 6-1.

=“Sejujurnya, saya hanya mahu masuk ke gelanggang dan bermain tanpa memikirkan banyak perkara.

“Saya cuba beraksi tanpa sebarang tekanan, dari awal sehinggalah mata akhir, ia akan berlaku mengikut cara saya.
“Saya harap penampilan ketiga (final Grand Slam) akan membawa tuah.

“Ia bakal menjadi perlawanan amat sukar. Djokovic pemain yang hebat dan sedang memburu Grand Slam ke-23 sedangkan saya baru mencari kejuaraan pertama,” kata jaguh Norway itu.

Bagi bintang Serbia, Djokovic, jika berjaya memenangi kejohanan ini, dia bakal mengatasi Nadal dengan memiliki 23 gela­ran Grand Slam.

“Saya gembira kerana dapat melangkah ke pentas final sekali lagi, ia belum berakhir, kerana kami masih mempunyai satu lagi perlawanan dan saya harap saya dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk memenangi satu lagi gelaran juara,” kata Djokovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya