Penyokong makin ‘muak’ dengan kemelut Kelantan FC

Penyokong makin ‘muak’ dengan kemelut Kelantan FC

SEMANGAT pemain Kelantan FC kini bercampur baur, namun persiapan tetap diteruskan untuk menghadapi Kelantan United pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. – IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertembungan ‘adik abang’ antara Kelantan United menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini sepatutnya mengujakan penyokong The Red Warriors (TRW) seperti kebiasaan.

Begitupun, kemelut yang melanda Kelantan FC ketika ini dari isu gaji, pendedahan pemain mengenai pengurusan pasukan serta prestasi buruk TRW membuatkan penyokong ‘muak’ dan semakin hilang ‘selera’ untuk ke stadium.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mohd. Nurul Mohd. Yusoh berkata, pemilik kelab, Norizam Tukiman perlu segera menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan untuk meredakan keadaan.

Malah, kalah kepada Kelantan United juga hanya akan memburukkan keadaan TRW yang sudah mengharungi sembilan kekalahan berturut-turut (semua pertandingan), selain mengharungi 11 perlawanan tanpa kemenangan.

Tewas di Kota Bharu hari ini bermakna Kelantan FC akan mengambil alih kedudukan tercorot liga daripada Kelantan United.

NORIZAM TUKIMAN

 

“Sejujurnya saya lihat peminat sudah bosan dengan pelbagai isu yang sedang menghantui pasukan ketika ini.

“Saya bimbang jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menghakis sokongan penyokong kepada pasukan.

“Bila penyokong hilang ‘selera’ untuk ke stadium, sudah pasti kantung kewangan pasukan akan menguncup,” kata Mohd. Nurul kepada Utusan Malaysia.

Katanya, walaupun ramai yang beranggapan sumbangan dan peranan penyokong ‘kecil’ namun ia mampu memberikan kesan kepada pasukan.

Katanya, tanpa sokongan padu sesebuah pasukan yang mempunyai sumber kewangan setinggi Gunung Everest pun akan jatuh merudum.

“Setiap wang dan keringat yang dikeluarkan oleh peminat adalah bukti sayangnya mereka pada pasukan. Alangkah ruginya, jika ‘hati dan jiwa’ penyokong tidak dibeli dengan menghadiahkan kemenangan kepada kami.

“Kami tidak minta banyak, kurangkanlah kontroversi dan tingkatkan prestasi pasukan supaya kembali disegani dengan baik selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya