PDRM Defenders juara Divisyen 1 STL

PDRM Defenders juara Divisyen 1 STL

PDRM Defenders dinobatkan selaku juara Divisyen 1 STL 2023 selepas menewaskan Terengganu Turtles pada final di Stadium MABA, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PDRM Defenders dinobatkan selaku juara Divisyen 1, Liga Sepak Takraw (STL) 2023 selepas menundukkan Terengganu Turtles 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium MABA, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pasukan Sang Saka Biru itu, bagaimanapun, gagal bermula baik dalam set pertama apabila tewas mudah 8-21.

Tersentak dengan aksi mantap yang dipamerkan Terengganu, PDRM yang perkuatkan Syahmi Husin (tekong), Adli Abu Bakar (pengumpan) dan Shahalril Aiman Halim (perejam) sebagai regu utama terpaksa mengubah strategi permainan mereka.

Pada set kedua, PDRM melakukan perubahan apabila membawa masuk, kembar Shahalril Aiman iaitu Shahalril Aimin bagi menggantikan Adli selaku pengumpan ternyata berbaloi apabila pasukan Sang Saka Biru itu kembali mendapat rentak.

Permainan yang berlangsung sengit dalam set kedua akhirnya membuahkan hasil buat PDRM yang melakar kemenangan 21-18 untuk mengheret saingan ke set penentuan.

Dalam set ketiga, Terengganu melipat ganda asakan, tetapi, aksi yang lebih kemas dipamerkan pasukan lawan menyaksikan PDRM menutup permainan dengan kemenangan tipis 22-20.

Selaku juara, PDRM Defenders membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan PDRM mengesahkan slot ke Piala Cabaran STL untuk bersaing dengan tiga pasukan terbaik Liga Premier

bagi perebutan gelaran piala tersebut.
Selain itu, selaku juara dan naib juara Divisyen 1, PDRM serta Terengganu akan dinaikkan ke Liga Premier, musim depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya