PDRM cipta kejutan tumpaskan Red Giant

PDRM cipta kejutan tumpaskan Red Giant

Pemain Selangor, Khuzaimi Piee melakukan tandukan pada perlawanan Liga Super 2023, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan pemain Selangor menerima tamparan apabila ditewaskan pasukan bawahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 1-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) sebentar tadi.

PDRM yang bertandang ke gelanggang lawan membariskan kesebelasan terbaik untuk berdepan Selangor yang kini dalam misi untuk mencabar kedudukan tiga terbaik dalam liga.

Bagaimanapun, anak buah Azzmi Aziz tidak memberikan laluan mudah buat barisan pemain Selangor untuk mencari jaringan apabila gawang mereka kebal dijaga rapi oleh penjaga gol PDRM, Mohamad Ramdan Abdul Hamid.

Pemain Selangor, Ayron Del Valle (kiri), diasak pemaim PDRM, James Onyekachukwu Okwuosa pada perlawanan Liga Super 2023, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Sebaliknya, PDRM yang banyak bertahan pada babak pertama melancarkan serangan balas ketika aksi di separuh masa kedua.

Taktikal itu berhasil apabila berpunca daripada satu hantaran jauh, Bruno Suzuki berjaya mengawal kemas bola sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Khairulazhan Mohd Khalid pada minit ke 60 untuk meletakkan PDRM mendahului perlawanan dengan 1-0.

Pertembungan antara penjaga gol PDRM, Mohamad Ramdhan, pertahanan PDRM, James Onyekachukwu Okwuosa, dan pemain Selangor, Ayron Del Valle pada perlawanan Liga Super 2023, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Selangor tidak berputus asa dan cuba untuk mencari gol penyamaan, namun kesemua percubaan mereka yang diketuai penyerang import Colombia, Ayron Del Valle tidak berjaya menemui sasaran sekaligus kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Selangor kini masih kekal di tangga kedua liga dengan 28 mata, sementara PDRM pula berada di tangga kesembilan liga dengan mengumpul 16 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya