Malaysia tolak pelawaan Brazil untuk aksi persahabatan

Malaysia tolak pelawaan Brazil untuk aksi persahabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan beliau sebelum ini telah menolak lamaran juara dunia lima kali, Brazil untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya.

Hamidin berkata, tolakan itu bukan bermakna Harimau Malaya tidak berminat tetapi pelawaan tersebut disifatkan tidak kena dengan masa kerana skuad kendalian Kim Pan Gon ketika ini memerlukan lawan bersesuaian dan realistik.

 

HARIMAU Malaya memerlukan lawan yang realistik sebagai persiapan Piala Asia 2023. 

“Brazil ada nak lawan de­ngan kita sebab saya ada bersama dalam jawatankuasa FIFA (Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) tetapi saya kata tidak mahu dan ini bukan masa yang sesuai.

“Kalau kita nak buat perlawanan untuk pertunjukan boleh tetapi ini bukan masanya. Pan Gon juga tidak mahu, saya mahu cakap Brazil nak bermain dengan kita, saya kata bukan sekarang, nanti ada masa yang sesuai.

“Kalau nak main untuk ­po­­pulariti, Brazil (ranking ketiga dunia) boleh mencari ­pasukan lain.

“Saya dari tahun lalu ­Tim­balan Presiden (bola sepak) Argentina dan orang kuat ­Presiden Argentina kata berminat dan sudah jemput, kita ada hubungan baik dengan mereka.

“Begitupun Pan Gon tidak mahu kerana dia mahukan pasukan yang realistik untuk berdepan dengan Harimau Malaya (khususnya dalam kalendar FIFA dan persediaan menjelang aksi Piala Asia tahun hadapan),” katanya semalam.

HAMIDIN MOHD. AMIN

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah FAM tergugat selepas Indonesia akan menentang juara dunia, Argentina dalam aksi persahabatan 19 Jun ini sebagai persediaan ­menjelang Piala Asia di Qatar.

Mengenai pembatalan aksi persahabatan menentang ­Yemen, Hamidin berkata, dia tidak gembira dengan tindakan negara itu mengumumkan pembatalan di media sosial terlebih dahulu berbanding memaklumkan perkara itu kepada FAM.

“Kadang-kadang perkara ini terjadi dan dia (Presiden Persatuan Bola Sepak Yemen (YFA) telah memohon maaf kepada saya, saya beritahu Presiden YFA bahawa saya tidak gembira dengan tindakan mereka itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya