Malaysia pantang menyerah sebelum berjuang - Utusan Malaysia

Malaysia pantang menyerah sebelum berjuang

PASUKAN negara menjalani latihan akhir di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia semalam menjelang perlawanan pertama Kejohanan Ragbi Asia hari ini. – IHSAN AZLEY KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali baharu skuad ragbi 15 sepasukan (15s) negara, Farid Syazwan Abu Bakar menyeru anak-anak buahnya agar tidak gentar berdepan Korea Selatan dalam aksi pertama Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia hari ini biarpun terdapat jurang besar.

Sejak berjaya naik ke Divi­syen Perdana pada 2018, Malaysia yang berada di tangga ke-49 dunia belum pernah mencatat kemenangan ke atas Korea Selatan yang menghuni ranking ke-30 dalam tiga edisi sebelum ini.

Farid yang dilantik pada April lalu juga mempunyai tempoh singkat untuk menyediakan pasukan iaitu sekitar tiga minggu bagi menghadapi kejohanan.

Malaysia juga tempang tanpa beberapa tonggak se­perti pemain naturalisasi dari Fiji, Etonnia Saukuru serta K.Dineshwaran yang kini berkhidmat dengan kelab Chicago Hounds di Amerika Syarikat.

Malaysia terpaksa bergantung kepada 23 pemain yang di­pilih, termasuk tonggak skuad 7s serta seorang naturalisasi baharu dari England, Lee Chapman yang pernah berkhidmat dengan pasukan Selangor dalam Piala Agong.

“Semua pemain dan barisan kejurulatihan sentiasa positif. Mereka yang dipanggil kali ini mempunyai pengalaman dan teknikal yang bagus, cuma cabaran kita adalah tempoh persiapan yang singkat.

“Saya tidak mahu katakan cuaca panas di Malaysia ini sebagai satu kelebihan tetapi saya boleh katakan situasi agak berbeza dengan apa yang dialami di Korea Selatan, jadi saya mahu pemain gunakan segala kelebihan sebagai tuan rumah untuk menentang mereka.

“Tentang naturalisasi, tempoh persiapan kita singkat jadi kebanyakan mereka mempu­nyai komitmen lain, tetapi kita masih ada seorang pemain, Lee Chapman untuk membantu,” kata Farid kepada Utusan Malaysia selepas sesi menguji padang di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya