Malaysia kempunan emas di hari pertama ACC

Malaysia kempunan emas di hari pertama ACC

AKSI pelumba Malaysia ketika beraksi dalam Kejohanan ACC di Velodrom Nasional, Nilai. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Malaysia memulakan hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrome Nasional, Nilai semalam dengan suram apabila menuai satu pingat perak dan satu pingat gangsa hari ini.

Skuad berbasikal remaja wanita yang dibarisi Amber Yong, Nur Alyssa Mohd. Farid, Nurul Nabilah Mohd. Asri dan Ameera Alya Zahirrudin terlepas peluang untuk meraih pingat selepas tewas kepada Taiwan dalam perebutan gangsa.

Skrip sama turut menimpa skuad wanita elit negara yang turun berentap dalam acara pecut berpasukan apabila akur dengan kehebatan Korea Selatan dalam penentuan pingat gangsa.

Malaysia yang dibarisi Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan mencatatkan masa 49.343s, tewas kepada Korea Selatan yang melakar 49.122s.

 

Mujurlah skuad lelaki elit yang mempertaruhkan Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Ridhwan Shahrom serta Umar Hasbullah berjaya merangkul pingat gangsa pecut berpasukan selepas melakar masa 44. 488s untuk menafikan lawan, Korea Selatan.

Terdahulu, skuad berbasikal para negara yang beraksi dalam acara akhir pecut campuran terpaksa akur dengan apabila tewas kepada China bagi perebutan pingat emas.

Malaysia yang dibarisi Mohamad Yusof Hafizi, Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Hafiz Jamali mencatatkan masa 51.697s akur dengan kehebatan China yang menamatkan perlumbaan dengan 49.216s.

Gangsa milik Indonesia yang menumpaskan Uzbekistan.

“Kalau ikutkan memang kami dah capai sasaran sebab saya dan pasukan memang sasara untuk masuk ke final acara ini, dan China pula memang kuat.

“Tetapi kami tetap berjaya berikan tentangan buat mereka, tidak mengapa, saya masih ada satu lagi acara iaitu 1 kilometer ujian masa dan saya berharap saya dapat tewaskan pelumba China nanti,” jelas Zuhairi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya