Lloris kini 'tauke' restoran tepi pantai

Lloris kini ‘tauke’ restoran tepi pantai

HUGO Lloris (tengah) kini pemilik bersama sebuah restoran tepi pantai, La Javanaise yang terletak di Beaulieu-sur-Mer, Perancis. – IHSAN BACKGRID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hugo Lloris melalui perubahan kerjaya yang mengejutkan apabila menjadi bos sebuah restoran pantai di Perancis.

Penjaga gol Tottenham itu adalah salah seorang pemilik baharu restoran La Javanaise di Beaulieu-sur-Mer.

Kawasan tepi laut itu terletak di pinggir pantai Riviera Perancis yang menakjubkan antara Nice dan Monaco.

Restoran tersebut mempu­nyai dua kawasan lain yang boleh digunakan, ruang istirahat dan akses ke pantai.

Makanan yang ditawarkan kepada pelanggan memberi penghormatan kepada Mediterranean dengan mendapatkan sentuhan chef terkenal, Jean-Philippe Blondet.

Begitupun, makanan yang dijual tidak begitu murah kerana menu biasa berharga lebih 30 pound (RM170.98) untuk satu hidangan.
Lobster panggang antara yang paling mahal dengan harga 77 pound (RM438.86).

Penglibatan Lloris dalam perniagaan di Perancis menguatkan spekulasi tentang perpindahannya dari Tottenham ke Nice, yang berada lebih dekat dengan restoran baharunya.

Baru-baru ini, kapten Perancis berusia 36 tahun itu memberitahu stesen radio BFM Nice Cote d’Azur: “Saya amat terikat dengan bandar Nice, seperti yang anda tahu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya