Kedah, Sabah pertembungan dua ‘harimau luka’

Kedah, Sabah pertembungan dua ‘harimau luka’

NAFUZI Zain (kanan) mahu pemainnya raih kemenangan ketika menentang Perak FC malam esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan 3-2 kepada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super minggu lalu masih membayangi Kedah Darul Aman (KDA), namun pe­ngendalinya, Nafuzi Zain mahu pemain menjadikan kekecewaan sebagai motivasi untuk bangkit membaham Sabah FC malam ini.

Seperti Kedah, Sabah FC juga ibarat ‘harimau luka’ kerana baru disingkirkan oleh Kuala Lumpur City (KL City) 1-2 di laman sendiri pada suku akhir Piala FA, Ahad lalu.

Begitupun, Nafuzi percaya, bermain di laman sendiri di Stadium Darul Aman membuatkan pemainnya lebih bersemangat untuk bangkit menggembirakan penyokong, malah beliau percaya, mereka telah menerima pengajaran daripada kekalahan di Petaling Jaya.

“Kami perlu menang untuk tidak keciciran mata, sasaran Kedah menamatkan ­pusingan pertama liga dalam kelompok empat terbaik,” katanya.

 

SABAH FC juga masih terluka selepas disingkirkan oleh KL City pada suku akhir Piala FA di laman sendiri, Ahad lalu. – IHSAN SABAH FC

Selepas mengharungi 12 per­lawanan, Kedah dengan tujuh kemenangan, satu seri dan empat kekalahan kini menghuni tangga kelima liga menerusi 22 mata, dua mata di belakang Sabah yang berada di tempat keempat.

Nafuzi bagaimanapun meng­anggap pertemuan menentang Sang Badak yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Datuk Ong Kim Swee tidak mudah kera­na pasukan itu juga me­nunjukkan pres­tasi baik sepanjang musim ini.

“Kita tahu kua­liti yang dimiliki pemain-pemain Sabah. Mereka ada ramai pemain tempatan hebat se­perti Baddrol Bakhtiar, malah import mereka juga berpe­ngalaman. Saya menjangkakan cabaran sengit yang bakal kami hadapi kali ini.

“Bagaimanapun dengan kem­bali beraksi di laman sendiri, pemain perlu beraksi dengan lebih baik dan berkeyakinan.

“Tambahan pula kami akan beraksi di depan lebih ramai penyokong sendiri yang akan meniupkan semangat ketika ­beraksi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya