Ifedayo tajamkan serangan Kedah

Ifedayo tajamkan serangan Kedah

Ifedayo Olusegun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) FC menambah bisa jentera serangan apabila membawa masuk bekas pemenang kasut emas dua tahun berturut-turut, Ifedayo Olusegun.

Ifedayo, 32, yang berasal dari Nigeria tidak terikat dengan mana-mana kelab  tahun ini dan akan didaftarkan sebagai pemain kuota Asia Sang Kenari setelah memiliki kerakyatan Bahrain.

KDA memaklumkan telah mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak bersama Ifedayo bagi aksi yang berbaki untuk musim 2023.

“Kelibat Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia. Dengan pengalaman bersama Felda United, Melaka dan Selangor antara faktor pilihan pengurusan memudahkan beliau untuk segera mencari keserasian dengan rakan sepasukan di kem Sang Kenari.

“Tempoh pendaftaran pemain baharu dibuka semula bermula 5 Julai ini,” kata kelab itu menerusi kenyataan rasmi di Facebook KDA hari ini.

Pada aksi Liga Super 2020, Ifedayo menjaringkan 12 gol dan 26 gol lagi pada musim seterusnya bersama Selangor sehingga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga berkenaan.

Malah, rekod 70 gol dalam 73 penampilan bersama Felda United, Melaka dan Selangor, meletakkan Ifedayo antara penjaring berbahaya dalam sejarah Liga Malaysia.

Tambah KDA, pengalaman dan ketajaman pemain yang mendapat gelaran ‘King Dayo’ ketika bersama Selangor amat ditagih oleh Sang Kenari dalam mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bermula Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN