Hamidin ketuai delegasi FAM bertemu MB Terengganu

Hamidin ketuai delegasi FAM bertemu MB Terengganu

HAMIDIN menyerahkan jaket FAM kepada Ahmad Samsuri ketika kunjungan ke kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Aman, Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menerima undangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ke kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Aman, Kuala Terengganu hari ini.

Kunjungan hormat ke atas Menteri Besar yang juga merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu seiring dengan kehadiran skuad kebangsaan yang akan melangsungkan dua aksi persahabatan ‘Tier 1’ Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon esok dan Papua New Guinea pada 20 Jun di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi gelanggang rasmi Terengganu ini secara tidak langsung mendekatkan lagi peminat bola sepak negara dengan skuad kebangsaan khususnya bagi penyokong di Pantai Timur.

“Aksi Harimau Malaya di Terengganu juga mengeratkan lagi hubungan FAM dengan ahli gabungan yang terbukti memberi sokongan padu pada seruan negara.

“Saya dan seluruh warga kerja FAM serta skuad kebangsaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terengganu yang mempermudahkan urusan kami sepanjang berada di sini,” katanya.

DELEGASI FAM ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu di Sri Aman, Kuala Terengganu hari ini.

Hadir sama mengiringi Hamidin ialah dua timbalan presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram; dua naib presiden, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Posa Haji Majais; ahli exco, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, serta setiausaha Agung, Noor Azman Rahman.

Turut hadir pada sesi kunjungan hormat ialah, Exco Pembangunan Belia & Sukan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah; Timbalan Presiden PBSNT, Datuk Marzuki Sulong; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Datuk Seri Bijaya Tengku Farok dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN