FAM tidak akan hukum Kelantan FC secara melulu

FAM tidak akan hukum Kelantan FC secara melulu

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain atau kakitangan pasukan Kelantan FC boleh membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung kemelut yang melanda pasukan berkenaan sejak akhir-akhir ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, setiap aduan akan diteliti oleh jawatankuasa yang sepatutnya dan beliau selaku presiden badan induk itu tidak mahu menjatuhkan hukum secara melulu.

“Kelantan FC, saya ingat MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) tahu dan kita pun memahami beberapa isu yang terjadi. Pihak undang-undang saya (FAM) dan MFL serta pihak Zamsaham (pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman) pun sudah berhubung.

“Kita akan lihat selepas ini, kerana saya tahu benda ini ada berlaku tetapi kita tunggu nanti, kita tengah separuh liga dan saya tidak mahu menjatuhkan hukum tanpa keputusan daripada jawatankuasa yang sepatutnya.

“Saya tidak mahu berikan pandangan (tentang pemain Kelantan FC berdepan tekanan dan makian), biar perkara itu dibawa dalam jawatankuasa yang sepatutnya, biar dia (jawatankuasa terlibat) buat keputusan.

“Sesiapa yang tidak berpuas hati boleh buat aduan dan selepas itu, kita akan teliti. Saya tidak boleh kata ya atau tidak tetapi saya sedia maklum mengenai isu membabitkan Kelantan FC,” katanya.

 

NORIZAM TUKIMAN

Sebelum ini, FAM menegaskan tidak ada sebarang peruntukan dalam kontrak bola sepak yang membolehkan pemilik pasukan menyekat gaji pemain walaupun pasukan berdepan prestasi tidak memberangsangkan.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang FAM, Syed Yazid Syed Omar susulan dakwaan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang menahan gaji pemain sehingga 50 peratus susulan prestasi buruk pasukan itu ketika ini.

Malah, berdasarkan semakan peraturan termasuklah menerusi pandangan pengamal undang undang, Syed Yazid yang juga Exco FAM mengesahkan tiada klausa dalam peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membenarkan tindakan itu untuk diambil.

Selain itu, pengurusan pasukan juga tidak boleh membuang mana-mana pemain atau menamatkan kontrak pemain sesuka hati atas alasan pemain gagal menunjukkan prestasi yang terbaik.

“Saya sudah berhubung dengan bahagian Undang-Undang FAM dan jelas tidak ada peraturan FIFA yang membenarkan pemilik untuk menamatkan kontrak jika tidak berpuas hati dengan prestasi pemain.

“Begitu juga dengan gaji. (Pengurusan) tidak boleh sekat gaji pemain disebabkan oleh prestasi yang tidak memuaskan. Pemilik kena bayar mengikut perjanjian dalam kontrak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya